Padah aksi ‘wheelie’, pelajar Tingkatan Tiga maut nahas 3 motosikal di Sungai Tong
Padah aksi ‘wheelie’, pelajar Tingkatan Tiga maut nahas 3 motosikal di Sungai Tong

BANDAR PERMAISURI: Pelajar Tingkatan Tiga yang dipercayai melakukan aksi berbahaya mengangkat tayar hadapan atau wheelie motosikal ditunggangnya, maut dalam nahas di Kampung Pelong di Sungai Tong, dekat sini malam tadi.
Siasatan awal polis mendapati mangsa berusia 15 tahun itu yang menunggang motosikal jenis Honda C100 dipercayai melakukan aksi berbahaya berkenaan dan setiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangnya telah melanggar bahagian belakang sebuah lagi motosikal.
Pada masa sama, sebuah lagi motosikal dari arah sama gagal mengelak sebelum melanggar mangsa yang berada di atas jalan.
BERNAMA melaporkan, Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata kejadian 6.45 petang itu membabitkan tiga motosikal.
“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honca C100 dipercayai melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan atau wheelie.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa telah melanggar bahagian belakang sebuah lagi motosikal, menyebabkan kedua-dua penunggang terjatuh di bahu kiri jalan.
“Sebuah lagi motosikal dari arah sama gagal mengelak sebelum melanggar mangsa yang berada di atas jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Tong, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.
“Dua lagi penunggang motosikal, masing-masing berusia 15 dan 14 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya menasihatkan remaja agar tidak melakukan aksi membahayakan diri dan orang ramai, manakala ibu bapa perlu memantau anak supaya tidak menggunakan kenderaan tanpa lesen.
Padah aksi ‘wheelie’, pelajar Tingkatan Tiga maut nahas 3 motosikal di Sungai Tong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat
- Muhyiddin Umpama Melukut Di Tepi Gantang Dalam PN – Zawawi
- UMNO Lahad Datu Perkukuh Akar Umbi, Fokus Persediaan Hadapi PRU16
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat
You must be logged in to post a comment.