Neuer kembali jadi sebutan
Neuer kembali jadi sebutan

Berlin: Penjaga gol veteran Manuel Neuer mempamerkan aksi cemerlang membantu Bayern Munich menewaskan Real Madrid 2-1 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, sekali gus menghidupkan semula perbincangan mengenai kemungkinan dia kembali menyarung jersi skuad kebangsaan Jerman menjelang Piala Dunia Jun ini.
Penjaga gol berusia 40 tahun itu, yang bersara daripada pentas antarabangsa pada 2024, kembali menjadi sebutan dalam kalangan penyokong Jerman ketika posisi penjaga gol utama kini diisi Oliver Baumann, dengan Jonas Urbig dan Alexander Nubel sebagai pilihan lain, manakala Marc Andre ter Stegen diketepikan akibat kecederaan.
Dalam perlawanan itu, Neuer yang pernah menjadi penjaga gol utama Jerman selama 14 tahun, mempamerkan aksi luar biasa dengan menyelamatkan beberapa percubaan termasuk menafikan usaha Kylian Mbappe dan Vinicius Junior dalam situasi satu lawan satu.
Prestasi hebat itu menyaksikan Neuer dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, selain menerima pujian meluas daripada penganalisis bola sepak Jerman yang mula menggesa dia dipanggil semula ke skuad kebangsaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
Malah, pengendali Real, Alvaro Arbeloa turut mengakui kehebatan penjaga gol berpengalaman itu.
“Saya fikir Neuer adalah pemain terbaik perlawanan. Kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi gagal menyempurnakannya,” katanya.
Skuad Jerman sebelum ini terkenal dengan lambakan penjaga gol bertaraf dunia, namun selepas persaraan Neuer, pasukan itu dilihat bergelut mencari kestabilan di posisi berkenaan.
Dengan Piala Dunia yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada Jun ini, desakan supaya Neuer kembali semakin kuat, lebih-lebih lagi selepas dua penyingkiran awal berturut-turut pada edisi 2018 dan 2022.
Bagaimanapun, hubungan antara Neuer dan jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann dilaporkan tidak begitu baik, malah pengendali itu sebelum ini menolak kemungkinan memanggil semula penjaga gol berkenaan.
Neuer sendiri enggan melayan spekulasi berhubung kepulangannya ke skuad kebangsaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
“Kita tidak perlu bercakap mengenai perkara itu. Ini perlawanan yang hebat dan saya mahu fokus kepada Bayern,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Sukan Bayern, Max Eberl menyifatkan prestasi Neuer sebagai sesuatu yang tidak mengejutkan.
“Sejujurnya, saya tidak terkejut dengan aksinya. Dia sudah bermain pada tahap ini sepanjang musim dan menyelamatkan kami beberapa kali,” katanya.
Neuer kembali jadi sebutan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat
- Muhyiddin Umpama Melukut Di Tepi Gantang Dalam PN – Zawawi
- UMNO Lahad Datu Perkukuh Akar Umbi, Fokus Persediaan Hadapi PRU16
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat
You must be logged in to post a comment.