Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat

Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat

Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat

MELAKA, 8 April – Kerajaan Negeri Melaka terus komited memperkukuh agenda pembangunan negeri berasaskan kesejahteraan rakyat menerusi sebagaimana yang ditekankan oleh Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau yang mempengerusikan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri menekankan bahawa pendekatan pentadbiran kini digerakkan secara lebih tersusun dan berfokus bagi memastikan hasil pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat.

“Atas kerangka Melaka Sayang Rakyat, komitmen kita jelas iaitu memastikan Melaka terus bergerak maju dengan perancangan yang tersusun, pelaksanaan yang berkesan dan hasil yang dapat dirasai oleh seluruh rakyat,” katanya.

Menurutnya, setiap perbincangan dan keputusan yang dicapai memberi penekanan kepada usaha memperkukuh dasar kerajaan agar lebih berkesan serta benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini


“Perbincangan dan keputusan yang dibuat ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh dasar serta memastikan setiap keputusan yang diambil benar-benar berimpak kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.”

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. – UMNO Online

Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker