Lelaki didakwa pandu Hilux dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian wanita berjoging

Lelaki didakwa pandu Hilux dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian wanita berjoging

Lelaki didakwa pandu Hilux dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian wanita berjoging
Martinus Smith, 56, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian seorang wanita ketika sedang berjoging Ogos tahun lalu. – NSTP/ Abdul Rahemang Taiming

TAWAU: Seorang pemandu pikap dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang wanita yang sedang berjoging di Batu 9, Jalan Apas, Ogos tahun lalu.

Martinus Smith, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Tertuduh didakwa memandu Toyota Hilux dengan kandungan alkohol dalam badan melebihi had ditetapkan sehingga menyebabkan kematian terhadap mangsa, Darna Tajudin, 41.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 malam pada 9 Ogos tahun lalu ketika mangsa bersama beberapa rakan sedang berjoging di kawasan berkenaan.

Pendakwaan turut memohon syarat tambahan termasuk melapor diri kepada pegawai penyiasat sebulan sekali serta penggantungan lesen memandu sehingga kes selesai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan


Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan atas alasan tidak lagi bekerja serta menanggung dua anak yang masih menuntut di kolej.

Mahkamah memutuskan ikat jamin RM4,000 dengan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan, selain menetapkan 3 Jun depan untuk pengurusan kes dan sebutan pra-perbicaraan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak melebihi 15 tahun, serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000, selain hilang kelayakan memandu tidak kurang 10 tahun jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Polis Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Asisten Superintendan Joan Lee, menawarkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin tempatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan atas alasan tidak lagi bekerja serta menanggung dua anak yang masih menuntut di kolej.

Mahkamah memutuskan ikat jamin RM4,000 dengan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan, selain menetapkan 3 Jun depan untuk pengurusan kes dan sebutan pra-perbicaraan.

Lelaki didakwa pandu Hilux dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian wanita berjoging

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker