KL City rehatkan Vidakovic?
KL City rehatkan Vidakovic?

Kuala Lumpur: Masa depan Risto Vidakovic bersama Kuala Lumpur City FC (KL City) difahamkan ‘tidak kekal panjang’ apabila direhatkan daripada tugasnya.
Keputusan itu dikatakan berpunca daripada prestasi tidak menentu pasukan dalam saingan Liga Super yang kini menghuni tangga keempat, ketika liga berbaki beberapa aksi sebelum berakhir pada bulan depan.
Lebih memeritkan, kekalahan besar 1-8 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia menjadi titik penentu apabila skuad The City Boys itu dibolosi lapan gol.
Keputusan memalukan itu nyata tidak boleh diterima peminat ketika skuad KL City dibarisi ramai pemain berpengalaman, malah menimbulkan persoalan terhadap hala tuju pasukan di bawah kendalian jurulatih itu.
Menurut sumber, pihak pengurusan kelab mengambil langkah drastik sebagai usaha untuk menyelamatkan baki musim serta mengembalikan keyakinan peminat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
Malah, satu pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam masa terdekat bagi mengesahkan status Vidakovic serta hala tuju baharu pasukan.
Difahamkan, bekas pemain Johor dan anak kelahiran negeri itu bakal dilantik secara interim bagi mengisi kekosongan sementara waktu, sekali gus memastikan persiapan pasukan tidak terjejas menjelang aksi seterusnya.
Langkah ini dilihat sebagai isyarat jelas KL City tidak mahu terus berada dalam situasi tidak menentu, sebaliknya mahu segera bangkit dan kembali bersaing secara lebih kompetitif dalam kancah bola sepak tempatan.
KL City rehatkan Vidakovic?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat
- Muhyiddin Umpama Melukut Di Tepi Gantang Dalam PN – Zawawi
- UMNO Lahad Datu Perkukuh Akar Umbi, Fokus Persediaan Hadapi PRU16
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat
You must be logged in to post a comment.