Keputusan mengenai Agyarkwa bergantung kepada Pan-gon

Keputusan mengenai Agyarkwa bergantung kepada Pan-gon

Keputusan mengenai Agyarkwa bergantung kepada Pan-gon
AGYARKWA sedia menjadi pemain naturalisasi untuk mewakili skuad Harimau Malaya. FOTO SELANGOR FC

Kuala Lumpur: Status pemain import Alex Agyarkwa yang dikaitkan dengan kemungkinan menyarung jersi Harimau Malaya terus menjadi bualan, namun Selangor FC (SFC) menegaskan segala keputusan terletak sepenuhnya di tangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC, Dr Johan Kamal Hamidon menjelaskan pihak pengurusan tidak akan mendahului jurulatih dalam perkara itu, sebaliknya memberi kepercayaan penuh kepada Pan-gon untuk menentukan keperluan pasukan.

Menurutnya, perkara berkaitan naturalisasi atau pendaftaran pemain sebagai pemain tempatan perlu melalui pertimbangan teknikal jurulatih terlebih dahulu sebelum sebarang langkah lanjut diambil.

“Buat masa ini kita serahkan sepenuhnya kepada jurulatih Kim Pan-gon.

“Beliau lebih arif tentang keperluan pasukan dan perkara ini sudah tentu dalam pengetahuannya,” katanya kepada Arena Metro.

Pada masa sama, Johan mengakui tempoh kelayakan Agyarkwa masih belum mencukupi, namun situasi itu boleh berubah apabila menghampiri syarat ditetapkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan


“Apabila tempoh itu semakin hampir, mungkin ia akan menjadi satu perkara yang dibangkitkan oleh jurulatih kepada pihak pengurusan,” jelasnya.

Tambah beliau, sekiranya Pan-gon menyatakan hasrat untuk membawa masuk pemain kelahiran Ghana itu sebagai pemain tempatan, pihak kelab bersedia untuk meneliti dan menggerakkan proses permohonan.

“Kalau jurulatih mahukan, kita akan lihat dan bantu dari sudut pengurusan. Tapi keputusan tetap di tangan beliau,” katanya.

Johan menegaskan fokus utama SFC ketika ini adalah kepada saingan musim semasa yang memasuki fasa penting.

Jelasnya, skuad Gergasi Merah itu kini memberi tumpuan penuh kepada beberapa aksi besar termasuk pertemuan menentang Sabah FC dalam Liga Super pada 11 April sebelum berdepan Kuching City FC dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, 18 April depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini


Selain itu, cabaran di pentas separuh akhir Kejuaraan Kelab Asean (ACC) turut menjadi keutamaan pasukan ketika ini.

“Sekarang ini fokus kita adalah perlawanan akan datang. Itu lebih penting buat masa ini,” katanya.

Menerusi laporan akhbar ini semalam, Agyarkwa tidak berselindung menyuarakan hasratnya untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya sebagai tonggak naturalisasi yang seterusnya buat pasukan kebangsaan.

Menurut pemain tengah itu, tempohnya beraksi di Malaysia sejak 2021 sudah cukup untuk membuka peluang berkenaan berdasarkan peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang membenarkan pemain mewakili sesebuah negara selepas menetap sekurang-kurangnya lima tahun secara berturut-turut.

Agyarkwa berkata, keinginan itu hadir daripada rasa cintanya terhadap bola sepak Malaysia selain komitmennya bersama SFC yang dianggap sebagai ‘rumah kedua’.

Untuk rekod, usaha memperkukuh Harimau Malaya melalui pemain naturalisasi bukan perkara baharu apabila setakat ini seramai lapan pemain sudah melalui proses berkenaan bagi menambah kualiti skuad kebangsaan.

Antaranya Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Lee Tuck, Sergio Aguero, Paulo Josue, Endrick dos Santos dan Romel Morales.

Selain lapan tonggak itu, tiga lagi pemain turut berada dalam landasan untuk dinaturalisasikan iaitu Bergson da Silva, Giancarlo Gallifuoco dan Manuel Hidalgo, dengan masing-masing dijangka menyertai skuad negara pada jendela latihan pusat Julai atau September nanti.

Keputusan mengenai Agyarkwa bergantung kepada Pan-gon

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker