Hari suram skuad badminton negara di Ningbo

Hari suram skuad badminton negara di Ningbo

SZE Fei-Izzuddin tewas kepada pasangan Thailand. FOTO Penganjur Kejohanan Badminton Asia

Kuala Lumpur: Hari suram buat kem negara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila beberapa wakil utama tersingkir seawal pusingan pertama, hari ini.

Kejutan terbesar hadir dalam acara beregu lelaki apabila pasangan profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menghuni ranking ketujuh dunia tewas kepada gandingan Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn-Worrapol Thongsa Nga 22-24, 21-18, 11-21 dalam tempoh 64 minit.

Kekalahan itu jelas mengecewakan memandangkan pasangan negara turun sebagai pilihan ketujuh, namun gagal mengekalkan momentum di set penentuan.

Lebih memburukkan keadaan, Malaysia turut kehilangan wakil dalam acara perseorangan lelaki selepas Justin Hoh tewas kepada pemain meningkat naik Indonesia, Alwi Farhan 19-21, 21-14, 18-21.

Justin yang cuba bangkit pada set kedua tidak mampu menahan asakan lawan di set ketiga sekali gus menamatkan cabaran negara dalam kategori berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan


Dalam acara perseorangan wanita, Goh Jin Wei turut mengalami nasib sama apabila tewas straight set 12-21, 15-21 kepada pemain Jepun, Tomoka Miyazaki.

Beregu wanita muda negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan juga gagal melangkah lebih jauh selepas tunduk kepada pasangan Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu 12-21, 16-21.

Hari suram skuad badminton negara di Ningbo

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker