BWF uji bulu tangkis sintetik

BWF uji bulu tangkis sintetik

BWF uji bulu tangkis sintetik
UJIAN ini akan membabitkan pengumpulan data prestasi daripada pengeluar. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meluluskan penggunaan bulu tangkis sintetik dalam beberapa kejohanan antarabangsa peringkat rendah dan remaja sebagai sebahagian usaha menilai potensi penggunaannya di peringkat elit.

Langkah itu dibuat susulan peningkatan kos bulu tangkis tradisional yang diperbuat daripada bulu itik atau angsa, selain isu kekurangan bahan mentah dan pertumbuhan populariti badminton di peringkat global.

Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund sebelum ini mengakui pengeluar perlu menangani cabaran rantaian bekalan selain mempercepatkan pembangunan alternatif sintetik.

Menurut BWF, penilaian akan memberi fokus kepada kualiti serta prestasi bulu tangkis sintetik dalam suasana kompetitif, khususnya dari segi trajektori penerbangan dan ciri permainan yang perlu memenuhi standard sedia ada.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan


“Ujian ini akan membabitkan pengumpulan data prestasi daripada pengeluar, selain maklum balas daripada pemain, pegawai teknikal dan penganjur kejohanan,” menurut kenyataan badan itu.

Inisiatif itu dilihat sebagai langkah awal dalam menentukan sama ada bulu tangkis sintetik mampu digunakan secara meluas termasuk di pentas tertinggi sukan badminton dunia.

BWF uji bulu tangkis sintetik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker