2 kilang digempur, 79 pekerja warga Bangladesh ditahan
2 kilang digempur, 79 pekerja warga Bangladesh ditahan

IPOH: Pihak berkuasa menggempur dua kilang pembuatan sarung tangan getah di Kawasan Perindustrian Kanthan di Chemor malam ini, dengan 79 warga Bangladesh ditahan.
Dalam serbuan di kilang pertama 56 ditahan, manakala selebihnya di kilang kedua sewaktu semua warga asing terbabit sedang dalam tempoh peralihan syif waktu bekerja.
Pengarah Imigresen Perak, Datuk James Lee, berkata semua yang ditahan dalam operasi bermula 7 malam itu dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja, selain ada yang tinggal lebih masa.
Selain itu, katanya pengurusan kedua-dua kilang yang bernaung di bawah satu syarikat induk juga dipercayai mengambil pekerja asing yang didaftarkan di syarikat atau sektor lain.
“Semua yang ditahan dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di lokasi operasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
Lee berkata, syarikat berkenaan pernah diserbu tahun lalu, jadi ini kesalahan berulang pihak kilang.
“Sebab itu kita akan pastikan siasatan dibuat secara mendalam dan kita akan cuba dakwa majikan bersama.
“Kita tak boleh lepaskan mana-mana majikan yang melakukan kesalahan, di samping kesalahan dilakukan oleh warga asing yang ditahan,” katanya.
Operasi hari ini turut disertai Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
2 kilang digempur, 79 pekerja warga Bangladesh ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Fokus Perkukuh Agenda Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat
- Muhyiddin Umpama Melukut Di Tepi Gantang Dalam PN – Zawawi
- UMNO Lahad Datu Perkukuh Akar Umbi, Fokus Persediaan Hadapi PRU16
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Ke-80: Terus Jadi Tunjang Harapan Rakyat, Bawa Perjuangan Keramat
You must be logged in to post a comment.