UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 7 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menegaskan UMNO sebagai sebuah parti akar umbi yang terus kekal relevan sepanjang 80 tahun perjuangannya.
Beliau berkata, kekuatan UMNO terletak pada struktur cawangan apabila setiap tahun parti itu menghantar kira-kira 22,000 borang 9 kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), selari dengan kewujudan lebih 22,000 cawangan di seluruh negara.
UMNO ditubuhkan berasaskan cawangan dan terus hidup melalui gerak kerja di peringkat akar umbi termasuk mesyuarat cawangan melibatkan Wanita, Pemuda dan Puteri.
“Di seluruh Malaysia terdapat lebih 20,000 kampung tradisi dan hampir setiap dua kampung mempunyai satu cawangan UMNO, sekali gus menggambarkan kekuatan dan keutuhan parti ini,” katanya.
Tambah beliau, UMNO kini melalui perubahan positif apabila lebih bersifat terbuka dengan menerima semula ahli dalam usaha memperkasakan lagi parti berkenaan.
“Kita tidak ada kata kita sempurna, hanya Nabi yang sempurna. Kita tidak sempurna… tetapi dalam masa kita tidak sempurna, sekarang ini kita dah berubah. Kita tidak memecat, memecat, memecat. Kita menerima, menerima, menerima kembali. Itu perubahan yang cukup baik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
- Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
- Rumah Terbuka Aidilfitri Bagan Datuk Rai Masyarakat Setempat, Erat Hubungan Bersama Rakyat
“Jadi kalau kita ikhlas melihat segalanya ini dengan mata hati, atas jasa dan atas masa depan yang lebih baik untuk agama, bangsa, tanah air, silalah bersama perjuangan UMNO ini,” tambahnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian dalam sesi podcast sempena menjelangnya ulang tahun UMNO ke-80 bertajuk ‘UMNO 80: Masih Relevan atau Sekadar Sejarah?’ yang disiarkan malam tadi.
Mengulas lanjut, Ahmad turut berkongsi falsafah kepimpinan bahawa dalam perjuangan, sejarah perlu diingati namun fokus utama harus diberikan kepada masa depan.
“Ada orang pernah katakan… apabila kita sedang memandu dan membawa orang di dalam kenderaan, di hadapan kita ada cermin besar yang kita perlu lihat supaya tidak berlaku kemalangan dan selamat sampai dalam perjalanan.
“Walaupun demikian, kita ada satu cermin kecil untuk melihat ke belakang supaya apa yang berlaku di belakang kita juga mengetahui adakah ada lori besar , adakah ada kereta laju di belakang, adakah ada motosikal yang memotong di belakang. Itu juga perlu jadikan panduan. Namun saiznya kecil saja. Cermin untuk melihat ke belakang itu saiznya kecil dibanding dengan cermin untuk melihat ke hadapan yang saiznya besar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
- Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana
- Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
“Oleh itu pada saya, melihat ke belakang tidak boleh dielakkan. Perlu dilihat ke belakang. Namun melihat ke hadapan itu perlu dilebihkan dalam perjuangan UMNO yang akan datang apatah lagi perjuangan UMNO 80 tahun,” ujarnya.
Beliau seterusnya turut menggesa golongan muda berusia 18 tahun ke atas yang layak menyertai UMNO supaya membuat kajian terhadap sumbangan parti serta peranan pemimpinnya kepada negara.
Selain itu, katanya, pindaan perlembagaan UMNO yang meletakkan cita-cita agama Islam sebagai keutamaan menunjukkan komitmen parti dalam memperjuangkan agama, di samping kepentingan bangsa dan tanah air.
“Perlembagaan UMNO kini jelas mendukung cita-cita agama Islam sebagai asas perjuangan, diikuti kepentingan kebangsaan Melayu dan perkara-perkara lain,” katanya.
Beliau menambah, masyarakat disaran meneliti perlembagaan UMNO bagi memahami hasrat sebenar perjuangan parti itu.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan agar semangat perjuangan tidak dilunturkan, sebaliknya terus diperkukuh demi memastikan UMNO kekal bangkit dan berjuang,” katanya. – UMNO Online
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
You must be logged in to post a comment.