Tang Jie-Ee Wei mara pusingan kedua B

Tang Jie-Ee Wei mara pusingan kedua B

Tang Jie-Ee Wei mara pusingan kedua B
TANG Jie dan Ee Wei diberi tentangan sengit oleh beregu Jepun pada set kedua sebelum meraih kemenangan.

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengetuai kemaraan wakil Malaysia selepas melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC), hari ini.

Pasangan nombor empat dunia itu menempah tiket ke kelompok 16 terbaik selepas menewaskan gandingan Jepun, Haruki Kawabe-Kokona Ishikawa 21-10, 21-19 di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China.

Tang Jie-Ee Wei akan berdepan wakil India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto yang menewaskan pasangan Thailand, Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsaard 21-14, 11-21, 21-15 di pusingan kedua.

Sementara itu, pasangan ranking ke-34 dunia, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien turut mara selepas menewaskan wakil India, Ashith Surya-Amrutha Pramuthesh 21-16, 21-15.

Mereka seterusnya akan bertemu pasangan China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui yang mengatasi cabaran wakil Taiwan, Wu Guan Xun-Lee Chia Hsin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini


Turut melangkah ke pusingan kedua adalah pasangan ranking ke-11 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie selepas menewaskan wakil India, Rohan Kapoor-Ruthvika Shivani Gadde 21-13, 21-19.

Soon Huat-Shevon akan berdepan sama ada beregu Bangladesh, Al-Amin Jumar-Urmi Akter atau wakil Taiwan, Chen Cheng Kuan-Hsu Yin Hui (ranking ke-27 dunia) bagi perebutan tempat ke suku akhir.

Terdahulu, beregu wanita muda negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan turut berjaya melayakkan diri ke undian utama selepas mengungguli Kumpulan D pada pusingan kelayakan.

Mereka menang ke atas gandingan Macau, Ng Weng Chi-Pui Chi Wa 21-11, 21-10 sebelum mengatasi beregu Thailand, Phattharin Aiamvareesrisakul-Sarisa Janpeng 21-9, 21-13.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker