‘Pocong’ semangat sertai perbarisan
‘Pocong’ semangat sertai perbarisan

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sepasukan pengibar bendera memakai kostum mirip pocong ketika menyertai acara pertandingan perbarisan, lapor laman berita Artera News semalam.
Menurut beberapa komen, kejadian berlaku di sebuah sekolah di Padang, wilayah Sumatera Barat.
Dalam video tersebut, pasukan itu dilihat membaluti badan mereka dengan kain kafan berwarna putih, selain wajah turut disolek seperti makhluk halus itu.
Apa yang menjadi perhatian adalah gerakan mereka yang tetap lincah dan seragam, dengan lompatan menyerupai pocong.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen pengguna media sosial yang menganggap aksi tersebut sebagai kreatif dan menghiburkan.
“Kreatif sangat! Ini yang dinamakan menghibur tetapi masih mengekalkan elemen disiplin,” kata seorang netizen.
“Pocong, baris pocong!” kata pengguna media sosial lain, merujuk kepada arahan yang sering diberikan oleh kapten sesebuah pasukan perbarisan. – AGENSI
‘Pocong’ semangat sertai perbarisan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
You must be logged in to post a comment.