Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid

SUBANG JAYA, 7 April – Operasi pembenihan awan (OPA) yang dilaksanakan sejak semalam mula menunjukkan hasil apabila paras air empangan di Perlis dan Kedah mencatat peningkatan walaupun masih kecil, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata berdasarkan cerapan radar cuaca semalam, hujan mula turun bermula 3.30 petang di Empangan Muda, Kedah, sebelum menjadi lebih meluas dan berterusan meliputi semua kawasan sasaran di Kedah dan Perlis antara 6 petang hingga 8 malam.
Keadaan itu membawa taburan hujan sekitar 29.8 millimeter (mm) hingga 34.7 mm di Perlis dan antara 9.3 mm hingga 30.9 mm di Kedah dalam tempoh 7 malam hingga 8 malam
Beliau berkata laporan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) turut merekodkan taburan hujan di beberapa lokasi utama iaitu 13.5 mm di stesen Pedu, antara 6.0 mm hingga 49.0 mm di stesen Muda serta 2.0 mm hingga 4.0 mm di Ahning – semuanya di Kedah.
“Hari ini operasi hari kedua memberi tumpuan kepada kawasan Empangan Pedu (Kedah) dan Timah Tasoh (Perlis) yang mengalami kepanasan luar biasa bagi meningkatkan takungan air untuk kegunaan domestik industri dan pertanian,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
- Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
- Rumah Terbuka Aidilfitri Bagan Datuk Rai Masyarakat Setempat, Erat Hubungan Bersama Rakyat
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau penyelarasan OPA oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke negeri Kedah dan Perlis di Pangkalan Udara Subang di sini, hari ini.
Beliau berkata dengan jangkaan cuaca panas ekstrem berterusan sehingga akhir bulan ini sebelum beransur reda menjelang Jun, operasi itu akan diteruskan sehingga 10 April dengan pemantauan pergerakan angin dan awan bagi memastikan hujan turun berhampiran kawasan sasaran.
Operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan NADMA, di bawah penyelarasan Jawatankuasa Bencana Negara.
Selain di kawasan utara, operasi sama dijangka diperluas ke Perak dan Johor yang turut berdepan cuaca kering serta kebakaran tanah gambut.
Bagi kedua-dua negeri itu, operasi akan tertumpu di Empangan Temenggor dan Bukit Merah (Perak) dan Empangan Lebam, Upper Layang, Lower Layang, Gunung Pulai dan Machap (Johor).
Ahmad Zahid berkata untuk operasi kali ini, pasukan teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menggunakan 200 kilogram garam (natrium klorida) yang dilarutkan dalam 1,500 liter air bagi satu tangka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
- Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana
- Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
Empat tangki bancuhan air garam itu kemudian dimasukkan ke dalam pesawat C-130 Hercules milik TUDM sebelum diterbangkan pada ketinggian antara 5,000 hingga 9,000 kaki untuk semburan ke dalam awan kumulus menara yang berkumpul di dalam kawasan yang disasarkan.
“Air garam ini membantu mempercepat pembentukan titisan air sehingga menjadi hujan. Kebiasaannya hujan akan turun antara 30 hingga 60 minit selepas pembenihan awan dilakukan,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata jumlah titik panas akibat kebakaran setakat ini rendah dan terkawal, dengan hanya satu lokasi dilaporkan di Selangor selain beberapa kawasan di Johor. – BERNAMA
Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
You must be logged in to post a comment.