Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi

Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi

Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi

PUTATAN, 7 April – Mesyuarat Cawangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang ini dilaksana dengan penuh tertib, bersemangat dan kesatuan ahli, mencerminkan iltizam tinggi dalam memastikan organisasi terus kukuh serta perjuangan parti kekal segar dan relevan di semua peringkat akar umbi.

Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed, menegaskan bahawa kekuatan sebenar organisasi bergantung kepada kesatuan, disiplin dan komitmen berterusan setiap ahli di peringkat cawangan.

Ujarnya, sejak awal persidangan yang bermula 1 April lalu, suasana dipenuhi dengan komitmen dan kesungguhan para ahli yang hadir dari pelbagai peringkat, sekali gus menggambarkan bahawa kekuatan cawangan masih utuh dan sentiasa bersedia untuk digerakkan secara lebih tersusun dalam menghadapi cabaran semasa politik dan masyarakat.

“Kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua ahli pada hari ini membuktikan bahawa semangat perjuangan kita masih kukuh dan tidak pernah luntur. Kita mesti terus bersatu hati, memperkukuh organisasi dan memastikan perjuangan ini sentiasa segar serta dekat di hati rakyat,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa setiap ahli memainkan peranan penting sebagai penggerak utama yang memastikan parti terus berfungsi dengan berkesan di peringkat akar umbi, selain menjadi jambatan yang menghubungkan parti dengan masyarakat setempat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB


“Perjuangan ini bukan sesuatu yang mudah. Ia menuntut pengorbanan, kesetiaan dan keikhlasan. Namun saya yakin, dengan semangat kebersamaan dan disiplin yang tinggi, kita mampu memastikan organisasi ini terus kuat, relevan dan dihormati,” tambah beliau lagi.

Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi

Dalam masa yang sama, beliau menyeru agar semua ahli terus memperkukuhkan jentera di peringkat cawangan, memperkemas komunikasi dalaman serta meningkatkan gerak kerja bersepadu bagi memastikan setiap perancangan parti dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berimpak.

Ujarnya, persidangan tersebut turut menjadi ruang untuk ahli-ahli bertukar pandangan, menyemak gerak kerja serta memperkukuh azam dalam mendepani cabaran politik semasa.

Terdahulu beliau telah menyempurnakan perasmian persidangan secara berasingan di UMNO Cawangan Sembulan Lama, Cawangan Taman Selunsung Gerunggung, Cawangan Sempelang Selunsung, Cawangan Cawangan Lumba Kuda, Cawangan Pekan Sembulan dan Cawangan Tanjung Aru Baru serta Cawangan Tanjung Aru Lot.

Persidangan UMNO Cawangan akan berlangsung sehingga 17 Mei 2026 yang kemudian akan disusuli Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 1 Jun hingga 12 Julai 2026.
Perhimpunan Agung UMNO 2026 pula akan diadakan pada 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2026. – UMNO Online

Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker