Conte sedia kembali latih Itali jika dipanggil
Conte sedia kembali latih Itali jika dipanggil

Rome: Jurulatih Napoli, Antonio Conte menegaskan Persekutuan Bolasepak Itali wajar mempertimbangkan namanya untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan.
Conte berkata demikian selepas pengendali Itali, Gennaro Gattuso melepaskan jawatan pada Jumaat lalu susulan kegagalan Azzurri mara ke Piala Dunia musim panas ini buat kali ketiga berturut-turut.
Pengendali berusia 56 tahun itu ketika ini masih terikat kontrak bersama Napoli hingga 2027, dengan juara Serie A itu kini ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Inter Milan, ketika saingan musim ini berbaki tujuh perlawanan.
“Sudah dijangka nama saya akan muncul dalam senarai calon untuk skuad kebangsaan. Kalau saya presiden persekutuan, saya juga akan mempertimbangkan nama saya sendiri.
“Tetapi anda tahu situasi kontrak saya. Saya akan bertemu presiden saya pada penghujung musim dan kita akan lihat nanti,” katanya kepada pemberita selepas kemenangan 1-0 ke atas AC Milan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
Conte pernah membimbing Itali dari 2014 hingga 2016 dan berjaya membawa pasukan itu ke Euro 2016 sebelum disingkirkan Jerman menerusi penentuan penalti pada suku akhir.
Dia turut menghadiahkan Scudetto kepada Napoli musim lalu, namun hampir meninggalkan Stadium Diego Armando Maradona pada musim panas lalu selepas berlaku perselisihan dengan presiden kelab, Aurelio De Laurentiis.
Bagaimanapun, De Laurentiis menyatakan dia tidak akan menghalang sekiranya Conte mahu kembali membimbing Itali.
“Jika Conte meminta saya membenarkannya menjadi jurulatih skuad kebangsaan sekali lagi, saya akan katakan ya,” katanya kepada Calcionapoli24.
Namun, De Laurentiis percaya Conte tidak akan tergesa-gesa menerima tugas itu memandangkan Persekutuan Bolasepak Itali ketika ini masih belum mempunyai presiden baharu selepas peletakan jawatan Gabriele Gravina.
Selain Conte, jurulatih AC Milan, Massimiliano Allegri turut dikaitkan dengan jawatan itu, namun pengganti Gattuso hanya akan diumumkan selepas mesyuarat luar biasa FIGC pada 22 Jun ini bagi memilih presiden baharu badan berkenaan.
Conte sedia kembali latih Itali jika dipanggil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
You must be logged in to post a comment.