Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan

IPOH, 7 April — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mendakwa mereka kini berada dalam keadaan lebih kukuh selepas berdepan pelbagai cabaran termasuk tindakan segelintir pimpinan yang meninggalkan parti sebelum ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Iqbal Jamal Jamaluddin menghormati pengakuan yang dibuat oleh Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu biarpun maklum bahawa ia bukan mencerminkan realiti sebenar.
Katanya, susunan kepimpinan parti itu di beberapa bahagian di Perak kini menunjukkan kekurangan kepimpinan di peringkat bahagian sehingga terpaksa “dikitar semula” dalam kalangan individu tertentu.
“Ketua Bahagian Bersatu Padang Rengas asalnya dari Teluk Intan, tapi sebelum ini keahlian di Ipoh Barat. Kemudian Ketua Bahagian Ipoh Timor pula sebelum ini dari Ipoh Barat juga.
“Bila Ketua Bahagian asal di Ipoh Barat berpindah ke Ipoh Timor, dan seorang lagi ke Padang Rengas, jawatan di Ipoh Barat sekarang diisi oleh orang yang sama kelompok juga,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
- Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
- Rumah Terbuka Aidilfitri Bagan Datuk Rai Masyarakat Setempat, Erat Hubungan Bersama Rakyat
Iqbal Jamal mendakwa situasi itu menggambarkan kekangan dari segi sumber kepimpinan di kawasan tertentu.
“Macam tak ada orang di kawasan-kawasan tu, sampai terpaksa ‘bedak-bedak’ jawatan antara mereka sahaja.
“Bila seorang Ketua Bahagian berpindah ke kawasan lain, jawatan itu diisi oleh individu dalam kelompok yang sama. Ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pilihan kepimpinan mungkin agak terhad di peringkat bahagian,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau mendedahkan terdapat juga beberapa ahli dari parti lain di Perak yang mula menyertai cawangan UMNO di Ipoh Barat.
“Ada juga dua tiga orang yang sebelum ini bersama parti lain kini menyertai cawangan kami. Kita alu-alukan, itu hak masing-masing. Sekurang-kurangnya menunjukkan masih ada keyakinan terhadap UMNO di peringkat akar umbi,” jelas beliau.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa setiap parti mempunyai strategi tersendiri dan pergerakan seperti ini tidak seharusnya dilihat secara negatif sepenuhnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
- Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana
- Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
“Mungkin bagi mereka, ini cara untuk terus relevan dan membina semangat dalam kalangan ahli sendiri. Kita hormat pendekatan masing-masing,” katanya.
Sebelum ini pemimpin Bersatu Perak antara yang paling ramai dipecat dan melepaskan jawatan termasuklah wakil rakyat.
Antara mereka termasuklah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
Bagi pimpinan bahagian pula, mereka yang dipecat termasuklah, Ketua Bersatu Bahagian Teluk Intan, Kamaruddin Majid; Ketua Bersatu Bahagian Gopeng, Ahmad Ishak; Ketua Bersatu Bahagian Larut, Mohd Hassundi Hamzah dan Ketua Bersatu Bahagian Tapah, Mohd Yunus Mohd Yusop. – UMNO Online
Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
You must be logged in to post a comment.