Aaron Ramsey umum bersara pada usia 35 tahun

Aaron Ramsey umum bersara pada usia 35 tahun

Aaron Ramsey umum bersara pada usia 35 tahun
Aaron Ramsey meraikan gol pertama pasukannya ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Stadium Wembley, London, pada 2 Mac 2019. – Foto ReutersAaron Ramsey umum bersara pada usia 35 tahun

London: Bekas pemain tengah Arsenal dan kapten Wales, Aaron Ramsey mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 35 tahun, hari ini.

Ramsey yang menghabiskan lebih sedekad di London bersama Arsenal sebelum berkelana ke Juventus, Nice dan Cardiff, tidak lagi mempunyai kelab sejak meninggalkan pasukan Mexico, Pumas pada penghujung tahun lalu.

Gabungan masalah kecederaan dan kekurangan minit permainan menyaksikan pemain tengah itu kali terakhir mewakili Wales pada 2024, sebelum diketepikan daripada skuad yang tewas menerusi penentuan penalti kepada Bosnia dan Herzegovina dalam aksi kelayakan Piala Dunia bulan lalu.

Kekalahan itu sekali gus memusnahkan impian Ramsey untuk menamatkan karier di pentas terbesar bola sepak dunia.

“Ini bukan keputusan yang mudah untuk dibuat. Selepas mempertimbangkannya dengan mendalam, saya membuat keputusan untuk bersara daripada bola sepak,” katanya menerusi Instagram.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini


Ramsey turut merakamkan penghargaan kepada Wales, pengurus, kakitangan pasukan, penyokong dan semua kelab yang pernah diwakilinya sepanjang karier.

Pemain itu menjadi watak penting ketika Wales mara ke separuh akhir Euro 2016 hingga membolehkannya tersenarai dalam pasukan terbaik kejohanan UEFA, selain turut beraksi pada edisi 2021 dan Piala Dunia 2022.

Sepanjang kariernya, Ramsey memenangi tiga Piala FA, satu gelaran Serie A, dua Piala Itali, satu Piala Scotland bersama Rangers serta dua pingat naib juara Liga Europa.

Aaron Ramsey umum bersara pada usia 35 tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker