239 pemain badminton remaja berentap lima hari di Kuantan
239 pemain badminton remaja berentap lima hari di Kuantan

Kuantan: Seramai 239 pemain bawah umur 12, 14 dan 16 tahun akan bersaing pada siri pertama Kejohanan Badminton Affin-100Plus Junior Elite Tour selama lima hari bermula esok di Dewan Persatuan Badminton Pahang Indera Mahkota, di sini.
Kejohanan musim ketujuh anjuran Persatuan Badminton Negeri Pahang membabitkan penyertaan pemain dari
Pahang, Johor, Putrajaya, Kelantan dan Sarawak yang akan beraksi dalam 259 perlawanan.
Pengerusi pertandingan, Raja Abdul Karim Raja Kudin, berkata, kejohanan kali ini diadakan secara dua pusingan selepas siri pertama bermula esok diikuti siri kedua berlangsung pada Jun depan.
Tambahnya, penganjuran kejohanan itu lebih kepada usaha mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan seterusnya bagi menghasilkan barisan pemain pelapis terbaik untuk membawa cabaran negara di pentas antarabangsa suatu hari nanti.
“Kejohanan kali ini dijangka lebih menarik dengan kehadiran ramai pemain muda berbakat hasil program pembangunan sukan badminton di Pahang, Johor, Putrajaya, Kelantan dan Sarawak. Pertembungan kelompok pemain bawah umur 12,14 dan 16 tahun pasti mencetuskan aksi yang menarik dan menghiburkan.
“Selaku tuan kejohanan kali ini kita memberi jaminan untuk memberi suasana terbaik bagi keselesaan pemain yang berusaha memburu kemenangan pada setiap perlawanan,” katanya, di sini hari ini.
239 pemain badminton remaja berentap lima hari di Kuantan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
You must be logged in to post a comment.