2 beradik mati bermain sorok-sorok
2 beradik mati bermain sorok-sorok

BOGOTA – Seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan di Colombia mati akibat sesak nafas ketika duduk di dalam peti sejuk beku semasa bermain permainan sorok-sorok di rumah mereka, lapor akhbar Metro UK semalam.
Mangsa yang merupakan pasangan adik-beradik Sauri dan Darien Tiller yang masing-masing berumur lapan dan lima tahun, tidak dapat bernafas selepas pintu peti sejuk beku tempat mereka bersembunyi tertutup.
Ibu bapa mereka kembali 20 minit kemudian dan mendapati mayat mangsa terperangkap di dalam peti sejuk.
Adik-beradik itu dibawa ke sebuah hospital di Vista Hermosa, tetapi doktor tidak dapat menyelamatkan mereka.
“Kami keluar dan ia mengambil masa kira-kira 20 minit, lebih kurang. Suis peti sejuk beku itu tidak dibuka.
“Mereka masuk ke dalam dan bermain. Penutupnya terjatuh, ia tertutup rapat dan mereka sesak nafas,” kata Trivino. – AGENSI
2 beradik mati bermain sorok-sorok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Cawangan UMNO Serlah Semangat Perjuangan, Perkukuh Keutuhan Organisasi
- Operasi Pembenihan Awan Tunjuk Hasil Awal Di Kedah, Perlis – Ahmad Zahid
- Bersatu Perak Dakwa Semakin Kukuh, Iqbal Jamal Persoal Realiti Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Kekuatan Akar Umbi Terus Jadi Teras Perjuangan – Dr Ahmad Maslan
You must be logged in to post a comment.