Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Ketua Wanita UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menegaskan bahawa wanita di Malaysia dan di seluruh dunia terus menunjukkan ketahanan luar biasa dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Menurutnya, dalam persekitaran dunia yang menyaksikan peningkatan kos sara hidup, golongan wanita merupakan antara yang paling terkesan, namun pada masa sama menjadi antara yang paling pantas menyesuaikan diri dan bangkit semula.

“Ini membuktikan bahawa kekuatan sebenar wanita bukan sekadar bertahan, tetapi berupaya untuk bangkit dengan lebih kukuh.

“Wanita bukan sahaja memimpin dan menyesuaikan diri, malah mencipta laluan untuk orang lain turut bergerak ke hadapan. Kita perlu berani melihat realiti ini seadanya.

“Pemerkasaan yang mampan datang daripada pemilikan-pemilikan aset, peluang dan kuasa membuat keputusan,” katanya ketika berucap di Forum ‘Voice of HER’, di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan


Turut hadir Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim; Exco-exco Wanita UMNO, Panel Voice of HER, Pengarah Urusan Wahine Capital, Rejina Rahim; Pengarah Urusan Fasset, Rafiza Ghazali dan peserta-peserta.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia menjelaskan data nasional menunjukkan sebanyak 56 peratus wanita kini berada dalam tenaga kerja, mencerminkan tahap penyertaan yang memberangsangkan.

“Wanita juga memegang kira-kira 41.9 peratus jawatan pengurusan kanan, khususnya dalam sektor awam. Hanya sekitar 21 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia diterajui wanita, dan sumbangan mereka kepada jumlah output kasar hanyalah sekitar 3.6 peratus.

“Tanpa aset, akses kepada pembiayaan menjadi terhad dan perkembangan perniagaan sukar dicapai. Ini merupakan antara cabaran terbesar dalam memperkasa ekonomi wanita,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata forum ‘Voices of HER’ diwujudkan sebagai platform dasar nasional bagi memperkasa ekonomi wanita, menghimpunkan golongan profesional, penyelidik, pembuat dasar dan pemain industri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas


“Inisiatif ini bukan sekadar forum tahunan, tetapi satu platform untuk menghasilkan dapatan berasaskan data mengenai isu ekonomi wanita serta merangka tindakan dasar yang lebih berkesan,” jelasnya.

Beliau turut menggesa semua pihak agar menjadikan forum tersebut sebagai titik permulaan kepada perbincangan berfokuskan penyelesaian.

“Marilah kita bersama-sama membina generasi wanita yang bukan sahaja tahan menghadapi cabaran, tetapi juga yakin merebut peluang.Di sinilah terletaknya kuasa sebenar ekonomi wanita,” ujarnya. – UMNO Online

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker