Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa platform forum ‘Voices of HER’ tidak boleh sekadar menjadi ruang dialog semata-mata, sebaliknya perlu bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi menyeluruh dalam memperkasa wanita.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, forum berkenaan harus menjadi medan yang menterjemahkan idea kepada tindakan, membentuk dasar berasaskan pengalaman sebenar serta membina kerjasama strategik bagi memacu perubahan yang bermakna.
“Biarlah forum ‘Voices of HER’ ini menjadi satu gerakan yang memperkasakan wanita bukan sahaja untuk didengari, tetapi untuk memimpin, mempengaruhi dan membentuk masa depan negara.
“Wanita bukan sahaja peserta dalam ekonomi, tetapi harus muncul sebagai pemimpin ekonomi. Malah, hampir 40 peratus tenaga buruh negara terdiri daripada wanita, dengan ramai antara mereka mengusahakan perniagaan kecil, menyumbang kepada pendapatan isi rumah serta menggerakkan ekonomi tempatan.
“230,000 wanita kini terlibat dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), manakala kadar penyertaan tenaga buruh wanita berada sekitar 56.5 peratus. Daya tahan sahaja tidak mencukupi. Wanita mesti diperkasakan dengan keupayaan kewangan, kemahiran digital serta akses kepada peluang sebenar,” katanya ketika merasmikan forum tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
- Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana
- Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
Turut hadir, Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, Exco-exco Wanita UMNO, Panel Voice of HER, Pengarah Urusan Wahine Capital, Rejina Rahim; Pengarah Urusan Fasset, Rafiza Ghazali dan peserta-peserta.
Mengulas lanjut, kata Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, kerajaan akan terus memastikan kestabilan ekonomi, mengurus tekanan fiskal dan melindungi kesejahteraan rakyat, namun beliau menegaskan bahawa usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi.

“Kita memerlukan pendekatan seluruh negara yang menggabungkan sektor awam, industri swasta, institusi kewangan, masyarakat sivil dan parti politik. Kita perlukan kerjasama lebih kukuh, kolaborasi lebih mendalam serta rasa tanggungjawab bersama,” katanya lagi.
Tambah beliau, dalam menghadapi cabaran global, kepercayaan rakyat perlu diperkukuh, dengan keyakinan dan kepimpinan wanita menjadi teras utama.
“Dalam waktu tidak menentu, perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi satu keperluan. Kita perlu membina ekosistem yang memperkasa wanita bukan sekadar untuk bertahan, tetapi untuk memimpin. Kita harus mewujudkan peluang inklusif, sistem yang adil dan laluan yang mudah diakses.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
- PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
- Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
“Pastikan setiap wanita, tanpa mengira latar belakang, bukan sahaja berpeluang menyertai ekonomi tetapi turut membentuknya,” jelasnya.
Seterusnya kata beliau lagi, walaupun konflik global di luar kawalan negara, Malaysia masih mampu menentukan tindak balas sendiri.
“Kita boleh memilih daya tahan berbanding ketakutan, kerjasama berbanding menyalahkan antara satu sama lain, dan memastikan tiada siapa, khususnya wanita, yang tercicir,” ujarnya. – UMNO Online
Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
- Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
- Rumah Terbuka Aidilfitri Bagan Datuk Rai Masyarakat Setempat, Erat Hubungan Bersama Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.