Vinicius harap Lamine terus lawan rasisme

Vinicius harap Lamine terus lawan rasisme

Vinicius harap Lamine terus lawan rasisme
Penyerang Real Madrid dari Brazil, Vinicius Junior. – Foto AFP

Madrid: Bintang Real Madrid, Vinicius Junior berharap pemain muda Barcelona, Lamine Yamal akan terus bersuara dan berjuang menentang rasisme susulan insiden laungan berbaur Islamofobia ketika aksi persahabatan Sepanyol menentang Mesir minggu lalu.

Vinicius, yang juga antara pemain yang lantang memperjuangkan isu diskriminasi dalam bola sepak, berkata suara pemain seperti Lamine amat penting kerana ia mampu membuka mata lebih ramai pihak mengenai masalah yang masih berlaku dalam sukan itu.

“Rasisme adalah isu yang rumit dan ia kerap berlaku. Saya harap Lamine dapat terus bersama dalam perjuangan ini juga. Kami mungkin ada wang, tetapi golongan kulit hitam yang miskin berdepan kesukaran yang lebih besar daripada kami,” katanya.

Menurut Vinicius, dia tidak menganggap mana-mana negara sebagai rasis secara keseluruhan, namun menegaskan individu rasis wujud di banyak tempat dan perlu ditentang secara bersama.

“Saya tidak mengatakan Sepanyol, Jerman atau Portugal adalah negara rasis, tetapi memang ada individu rasis di setiap negara. Jika kita terus berjuang bersama, saya harap pemain dan orang ramai selepas ini tidak lagi perlu menanggung perkara seperti ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB


Sebelum ini, polis Sepanyol dilaporkan membuka siasatan terhadap laungan Islamofobia dan xenofobia ketika aksi persahabatan antara Sepanyol dan Mesir di RCDE Stadium berhampiran Barcelona. Lamine kemudian menyifatkan laungan itu sebagai tindakan tidak menghormati dan jahil.

Vinicius sendiri sebelum ini berdepan beberapa insiden berunsur perkauman, termasuk dakwaan dia dihina secara rasis ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Benfica pada Februari lalu, walaupun tuduhan itu dinafikan pemain lawan.

 

Vinicius harap Lamine terus lawan rasisme

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker