UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara

UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara

UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara

KUALA LUMPUR, 6 April – Bersempena ulang tahun UMNO ke-80 pada 11 Mei ini, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru ahli parti untuk mengenang kembali perjuangan pemimpin terdahulu dalam membangunkan parti dan negara.

Beliau berkata ia perlu menjadi pegangan utama pendukung UMNO bagi memastikan parti ini terus relevan dan terus memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya ini barangkali di penghujung usaha terlibat dalam UMNO dan saya suka lihat UMNO ini dilanjutkan usianya sehingga 80 tahun lagi.

“Tetapi bergantung kepada pemimpin-pemimpin yang tidak hanya memikirkan kepentingan diri sendiri, tidak fikir hendak menjadi Perdana Menteri, sebaliknya meletakkan keutamaan kepada rakyat keseluruhannya,” katanya ketika ditemui UMNO Online pada wawancara khas ‘Iktibar Perjalanan 80 Tahun UMNO’ di kediamannya baru-baru ini.

Pemimpin yang kini berusia 89 tahun itu juga mengingatkan bahawa amanah oleh pemimpin terdahulu perlu digalas sebaiknya bagi memastikan kesinambungan dalam membawa agenda sebaiknya kepada rakyat, sekaligus memastikan manfaatkannya dapat dirasai generasi pada masa hadapan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan


Katanya lagi sejarah juga menunjukkan parti-parti lama di luar negara yang berjaya membina negara mereka namun gagal mengekalkan dominasi politik.

“Sebagaimana diamanahkan oleh mereka yang menubuhkan parti kita… perjuangan mereka telah memberi manfaat kepada jutaan rakyat, malahan mereka sendiri tidak memikirkan ganjaran untuk anak cucu mereka.

UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara

“Hakikatnya, kita semua hari ini menikmati hasil daripada pengorbanan dan usaha mereka yang terdahulu.

“80 tahun bukanlah panjang umur tetapi jangan lupa komunis pun tidak sampai tempoh ini, banyak pimpinan sama ada Kuomintang, Parti Kongres India semuanya berakhir tidak sampai pun 80 atau 90 tahun.

“UMNO juga boleh ditamatkan sekarang tetapi bergantung kepada kita sama ada untuk kepentingan diri atau untuk masyarakat yang mendukung perjuangan asal parti ini,” ujar beliau. – UMNO Online

 

Oleh: Nurul Saadah Latib

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker