Rexy tuntut pemain negara pamer semangat juang tinggi
Rexy tuntut pemain negara pamer semangat juang tinggi

Kuala Lumpur: Skuad badminton negara dituntut memberi fokus sepenuhnya dan turun dengan misi memburu kemenangan pada Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, China dari 7 hingga 12 April ini.
Pengarah Kejurulatihan Beregu negara, Rexy Mainaky menegaskan kejohanan itu memiliki nilai cukup tinggi apabila ia disifatkan setaraf kejohanan dunia.
Menurutnya, kekuatan pemain Asia yang mendominasi pentas badminton dunia menjadikan gelaran juara Asia sama penting seperti kejuaraan dunia.
“Kalau kita bercakap mengenai Kejohanan Asia, ia sama seperti kita juara dunia. Lebih 50 peratus, malah 80 hingga 90 peratus kekuatan dunia adalah di Asia
“Kita mahu pemain turun habis-habisan dan fokus untuk menang. Kejohanan Asia bukan kejohanan biasa, ini seperti pentas dunia,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
- Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana
- Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
Sehubungan itu, Rexy mahu semua pemain memberi tumpuan sepenuhnya dan tidak memandang ringan cabaran di Ningbo.
Beliau berkata, kejohanan itu juga menjadi platform terbaik untuk membina momentum sebelum menghadapi Piala Thomas dan Uber di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini.
“Momentum dan keyakinan sangat penting sebelum kita masuk kejohanan berpasukan. Jadi di sinilah pemain perlu buktikan kemampuan,” katanya.
Sebagai rekod, Malaysia pernah menikmati kejayaan di pentas itu apabila Lee Zii Jia muncul juara perseorangan lelaki edisi 2022 selepas menewaskan Jonatan Christie.
Manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan turun mempertahankan gelaran selepas muncul juara tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
- Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
- Rumah Terbuka Aidilfitri Bagan Datuk Rai Masyarakat Setempat, Erat Hubungan Bersama Rakyat
Mengulas perancangan pasukan, Rexy berkata skuad negara akan pulang ke Malaysia terlebih dahulu selepas tamat saingan di Ningbo sebelum berangkat ke Denmark.
Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan semua pemain dapat bergerak sebagai satu pasukan termasuk pemain sokongan.
“Kita mahu semua berkumpul semula kerana ada rakan sepelatih yang turut serta. Kita pergi sebagai satu pasukan,” katanya.
Rexy tuntut pemain negara pamer semangat juang tinggi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
You must be logged in to post a comment.