Op Hazard 3.0: 205 ditahan, nilai rampasan lebih RM55.2 juta

Op Hazard 3.0: 205 ditahan, nilai rampasan lebih RM55.2 juta

Op Hazard 3.0: 205 ditahan, nilai rampasan lebih RM55.2 juta
Foto hiasan

KLANG: Sejumlah 110 premis termasuk kilang haram dan premis besi buruk diserbu dalam Op Hazard 3.0 di seluruh negara hari ini.

Operasi bersepadu itu menyasarkan aktiviti pemprosesan e-waste secara haram yang dikenal pasti memberi ancaman kepada alam sekitar serta melanggar undang-undang.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, berkata operasi itu dilaksanakan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan.

Beliau berkata, ia membabitkan keseluruhan 1,611 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,089 pegawai dan anggota PDRM terbabit, manakala selebihnya membabitkan agensi lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan


“Sebanyak 110 premis diperiksa dengan 87 daripadanya dikesan positif menjalankan aktiviti berkaitan e-waste, termasuk 14 kilang haram,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi di Kapar hari ini.

Mohamad Suzrin berkata, setakat ini tujuh premis masih berada dalam pemeriksaan lanjut

“Operasi bermula jam 7 pagi dengan penggunaan 293 aset termasuk 201 kereta, 51 van, 30 lori dan 11 unit dron.

“Pemeriksaan turut membabitkan 729 individu terdiri 154 warganegara dan 575 bukan warganegara. Daripada jumlah itu, seramai 205 individu ditahan membabitkan 39 warganegara, 66 bukan warganegara serta 100 warga asing yang berada di negara ini secara tidak sah,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa merampas 316,278.5 kilogram (kg) e-waste dan 388,230kg barangan lusuh.

“Selain itu, sebanyak 9,350kg barangan lain turut dirampas dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM55,228,165.25,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB


Katanya, pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan 342 kompaun dengan nilai keseluruhan RM82,450 terhadap premis yang melanggar peraturan.

“Produk akhir hasil pemprosesan e-waste dipercayai akan dihantar ke negara ketiga termasuk China bagi tujuan kitar semula.

“Bahan ini mengandungi elemen bernilai seperti aluminium, timah, tembaga serta emas yang diekstrak daripada komponen elektronik,” katanya.

Beliau turut menegaskan Op Hazard 3.0 adalah kesinambungan operasi terdahulu yang memberi fokus kepada isu pencemaran alam sekitar serta kemasukan e-waste secara haram ke negara ini.

Satu sidang media lanjut akan diadakan oleh Ketua Polis Negara, Jumaat ini bagi memperincikan keseluruhan hasil operasi.

Op Hazard 3.0: 205 ditahan, nilai rampasan lebih RM55.2 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker