Notis Merah akan dikenakan kepada dua anak Daim – SPRM

Notis Merah akan dikenakan kepada dua anak Daim – SPRM

Notis Merah akan dikenakan kepada dua anak Daim - SPRM
Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Tiga individu termasuk dua anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, akan dikenakan Notis Merah Interpol susulan ketidakhadiran memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

SPRM juga akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi menyekat serta memantau pergerakan keluar masuk dan status pasport individu berkenaan.

SPRM berkata, penama berkenaan juga akan berdepan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 kerana ingkar mematuhi Perintah Menghadiri Pemeriksaan di bawah Seksyen 30(1)(a) akta yang sama.

“SPRM memandang serius kegagalan dua orang anak kepada Tun Daim, iaitu Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim, untuk hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM sebagaimana yang diperintahkan melalui tiga Perintah Menghadiri Pemeriksaan bertarikh 13 Februari 2026, 11 Mac 2026 dan 6 April 2026.

“Sebelum ini, wakil peguam yang mewakili mereka sudah menyatakan komitmen dan persetujuan untuk hadir pada 6 April 2026. Namun, mereka sekali lagi gagal berbuat demikian tanpa sebarang alasan yang munasabah.

“Turut gagal hadir tanpa alasan yang memuaskan ialah Josephine Premla, walaupun sudah diarahkan berbuat demikian oleh pihak SPRM,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, dua anak DaimAsnida Abdul Daim hadir dan memberikan kerjasama kepada SPRM, manakala Md Wira Dani Daim memaklumkan lebih awal mengenai ketidakhadirannya.

Susulan ketidakpatuhan ini, SPRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas selanjutnya.

SPRM turut mengesahkan Asnida akan dituduh di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Notis Merah akan dikenakan kepada dua anak Daim – SPRM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker