Mas Ermieyati diarah bayar ganti rugi RM50,000 kepada MARA, Asyraf Wajdi
Mas Ermieyati diarah bayar ganti rugi RM50,000 kepada MARA, Asyraf Wajdi

MELAKA: Mahkamah Tinggi, hari ini mengarahkan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin membayar ganti rugi RM50,000 berhubung kenyataan fitnah terhadap Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pada tahun lalu.
Kes saman itu diselesaikan secara baik selepas kedua-dia pihak mencapai persetujuan bersama menerusi proses mediasi hari ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Isa Aziz Ibrahim.
Peguam Datuk Adnan Seman, yang mewakili Asyraf Wajdi, berkata mahkamah turut mengarahkan Mas Ermieyati membuat permohonan maaf dalam tempoh 14 hari serta menarik balik tiga video dan kenyataan yang dimuat naik di media sosial yang didakwa memfitnah MARA dan anak guamnya.
“Selepas proses pengantaraan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman (Isa Aziz Ibrahim) dan perbicaraan yang ditetapkan hari ini tidak diteruskan, defendan akhirnya bersetuju terdapat kenyataan-kenyataan yang tidak benar serta berunsur fitnah ke atas MARA dan juga Datuk Dr Asyraf melalui penerbitan (video dan kenyataan) yang telah dibuat.
“Kes telah pun diselesaikan dengan satu penghakiman persetujuan yang direkodkan di mahkamah,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Melaka, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
- Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
- Rumah Terbuka Aidilfitri Bagan Datuk Rai Masyarakat Setempat, Erat Hubungan Bersama Rakyat
Pada tahun lalu, Asyraf Wajdi memulakan prosiding mahkamah terhadap Mas Ermieyati yang didakwa memfitnahnya menghabiskan duit MARA serta tidak membiayai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Mas Ermieyati diwakili peguam Zulfahami Abu Bakar pada proses pengantaraan yang membabitkan ketiga-tiga pihak hari ini.
Mas Ermieyati diarah bayar ganti rugi RM50,000 kepada MARA, Asyraf Wajdi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
You must be logged in to post a comment.