Lelaki ditemukan lemas, seorang lagi selamat bot terbalik
Lelaki ditemukan lemas, seorang lagi selamat bot terbalik

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas bot yang dinaiki untuk memancing bersama rakannya terbalik di Sungai Kubang Rotan, di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 24 tahun ditemukan meninggal dunia, manakala rakannya yang berusia 26 tahun selamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.29 petang.
Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 memaklumkan terdapat kejadian lemas di lokasi kejadian.
“Seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing, manakala seorang lagi mangsa ditemukan lemas, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ismail berkata, mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.
Lelaki ditemukan lemas, seorang lagi selamat bot terbalik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
You must be logged in to post a comment.