Indonesia akan naikkan harga tiket penerbangan
Indonesia akan naikkan harga tiket penerbangan

JAKARTA – Indonesia hari ini mengumumkan kenaikan surcaj bahan api pesawat sebanyak 28 mata peratusan dan akan membenarkan syarikat-syarikat penerbangan menaikkan harga tiket penerbangan domestik sehingga 13 peratus.
Berikutan harga minyak global melambung susulan perang Asia Barat, Menteri Ekonomi Airlangga Hartarto berkata, surcaj bahan api jet akan meningkat dari 10 kepada 38 peratus, manakala harga tiket menokok antara sembilan hingga 13 peratus.
Syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia Tenggara, AirAsia X berkata hari ini bahawa pihaknya juga akan menaikkan harga tiket dan mengurangkan laluan sebagai langkah penjimatan bagi mengurangkan impak peperangan.
Di Jakarta, Airlangga berkata, kerajaan akan menanggung cukai nilai tambah 11 peratus ke atas tiket penerbangan domestik bagi mengimbangi kesan kenaikan harga terhadap penumpang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
- Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
- Rumah Terbuka Aidilfitri Bagan Datuk Rai Masyarakat Setempat, Erat Hubungan Bersama Rakyat
“Jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan adalah sekitar 1.3 trilion rupiah (kira-kira RM307.4 juta) sebulan,” katanya.
Langkah tersebut akan dinilai semula selepas dua bulan, tambahnya, bergantung kepada sama ada ‘perang Asia Barat berterusan’. – AFP
Indonesia akan naikkan harga tiket penerbangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
You must be logged in to post a comment.