Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid

Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid

Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keperluan memperkukuh daya tahan ekonomi Bumiputera dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Majlis Ekonomi Bumiputera Bil. 1/2026, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, fokus utama mesyuarat tersebut adalah memastikan ekonomi Bumiputera terus mampu bertahan serta berkembang melalui pendekatan yang lebih tersusun dan berkesan.

Menurut beliau, tiga tindakan utama telah digariskan untuk dilaksanakan segera iaitu:

Pertama, penilaian menyeluruh merentasi sektor kritikal bagi mengenal pasti impak sebenar di lapangan.

Kedua, pelaksanaan intervensi bersasar termasuk pembiayaan yang lebih fleksibel, insentif kos serta pengukuhan rantaian bekalan tempatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan


Ketiga, pelaksanaan dasar secara tegas, berakauntabiliti dan tanpa kelewatan, selain pemantauan yang rapi bagi memastikan keberkesanan setiap inisiatif.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa pendekatan jangka pendek semata-mata tidak mencukupi.

“Pendigitalan, pemerkasaan usahawan muda serta penerokaan pasaran baharu perlu dipercepatkan supaya ekonomi Bumiputera lebih mandiri dan kompetitif.

“Insya-Allah, dengan langkah yang tersusun dan kerjasama semua pihak, kita mampu memastikan ekonomi Bumiputera terus kukuh dan bersedia menghadapi masa hadapan,” katanya lagi. – UMNO Online

Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker