Beckham rasmi stadium baharu Inter Miami, Messi dapat tempat duduk khas
Beckham rasmi stadium baharu Inter Miami, Messi dapat tempat duduk khas

Miami: David Beckham merasmikan stadium baharu Inter Miami yang dinamakan NU Stadium, sekali gus membuka lembaran baharu buat kelab Major League Soccer (MLS) itu.
Stadium berkenaan dibina dalam tempoh 950 hari dengan kos keseluruhan mencecah sekitar AS$1 bilion (kira-kira RM4.7 bilion), termasuk pembinaan stadium, kawasan riadah, hotel, kedai runcit dan taman awam di tapak seluas 58 ekar.
Daripada jumlah itu, sekitar AS$350 juta (kira-kira RM1.6 bilion) digunakan khusus untuk pembinaan stadium yang mampu menampung kehadiran 26,700 penyokong.
Lebih menarik, stadium itu turut menampilkan Leo Messi Stand, sebagai penghargaan kepada Lionel Messi yang dianggap legenda terhebat dalam sejarah kelab berkenaan.
Kehadiran Messi dilihat memainkan peranan besar dalam merealisasikan projek mega itu, termasuk membantu menarik pelabur serta meningkatkan kehadiran penyokong dan tetamu kenamaan ke Inter Miami.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
- Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
- Rumah Terbuka Aidilfitri Bagan Datuk Rai Masyarakat Setempat, Erat Hubungan Bersama Rakyat
Beckham menyifatkan perasmian stadium baharu itu sebagai satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan selepas perjalanan panjang membangunkan kelab berkenaan.
“Saya datang 20 tahun lalu ke MLS dengan impian untuk memenangi trofi, memajukan bola sepak dan liga di negara ini.
“Saya kemudian memasang impian untuk memiliki kelab sendiri. Ketika itu kami tidak ada nama pasukan, tiada penyokong dan tiada stadium.
“Hari ini saya berdiri di rumah baharu kami. Kami adalah juara MLS. Kami ada pemain terbaik dalam sejarah bola sepak beraksi untuk Inter Miami,” katanya.
Beckham rasmi stadium baharu Inter Miami, Messi dapat tempat duduk khas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Voices of HER: Platform Strategik Lahirkan Kuasa Wanita Masa Depan – Ahmad Zahid
- UMNO 80 Tahun: Warisi Perjuangan, Amanah Pemimpin Terdahulu Untuk Rakyat Dan Negara
- Ekonomi Bumiputera Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini
You must be logged in to post a comment.