Anak Allahyarham Daim dijangka didakwa di mahkamah esok

Anak Allahyarham Daim dijangka didakwa di mahkamah esok

Anak Allahyarham Daim dijangka didakwa di mahkamah esok
Anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. Foto Aswadi Alias/NSTP

PUTRAJAYA: Seorang anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, akan didakwa di mahkamah esok.

Asnida akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dua lagi anak Allahyarham Daim dijangka akan turut dikenakan tindakan kerana hadir memberi keterangan kepada SPRM, hari ini.

Seorang individu yang juga kenalan rapat kepada keluarga juga berdepan tindakan serupa.

BH difahamkan tiga anak Daim dan seorang individu difahamkan sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM hari ini selepas memberikan tarikh kepada pegawai SPRM untuk berbuat demikian.

Namun hanya Asnida sahaja yang tampil memberi keterangan kepada SPRM, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB


BH juga mendapat maklumat, mereka yang tidak hadir dipercayai masih berada di luar negara.

Sementara itu, peguam Asnida, Yu Ying Ying, mengesahkan anak guamnya akan didakwa di mahkamah esok.

“Ya, beliau (Asnida) akan didakwa mengikut Seksyen 36(2) (Akta SPRM 2009) di Mahkamah Jalan Duta esok,” katanya ringkas.

Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 berkaitan dengan kesalahan gagal mematuhi notis bertulis daripada SPRM untuk mengisytiharkan harta.

Individu yang gagal mematuhi notis itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000, jika sabit kesalahan.

Setakat ini, BH masih menunggu pengesahan mengenai pertuduhan berkenaan daripada agensi berkenaan.

Terdahulu, peguam Asnida mengesahkan anak guamnya diambil keterangan bermula jam 10 pagi hari ini dan selesai kira-kira lima jam kemudian di Ibu Pejabat SPRM.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan


Asnida tiba di Ibu Pejabat SPRM ditemani peguamnya pada jam 9.50 pagi.

BH sebelum ini melaporkan Notis Kesan Individu dikeluarkan ke atas empat anak Allahyarham Daim susulan kegagalan mereka memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi yang diserahkan SPRM berkaitan perisytiharan aset.

Selain Asnida, tiga lagi anak Allahyarham Daim ialah Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

SPRM memaklumkan, notis itu dikeluarkan selepas tiada maklum balas diterima dan usaha menghubungi keempat-empat mereka tidak berjaya, setakat 26 Februari lalu.

Pihak peguam sebelum ini memaklumkan anak guam mereka berada di luar negara dan mereka juga menghadapi masalah untuk berhubung.

Anak Allahyarham Daim dijangka didakwa di mahkamah esok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita Bukti Ketahanan Tinggi, Tonggak Pemulihan Ekonomi Negara – Noraini

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker