Tetak orang di Triang, suspek ditahan polis di Hospital Kuala Lumpur

Tetak orang di Triang, suspek ditahan polis di Hospital Kuala Lumpur

Tetak orang di Triang, suspek ditahan polis di Hospital Kuala Lumpur
Foto hiasan

BERA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes tetak menggunakan senjata tajam di kedai minum di Triang, dekat sini, pada 29 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir, berkata suspek ditahan di Tingkat 4, Wad Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), hasil maklumat awam pada jam 12 tengah hari semalam.

“Suspek dipercayai terbabit dalam kejadian tetak menggunakan senjata tajam di Ming Wang Kopitiam, No 4 Jalan Besar Mengkuang, 28340 Triang, Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh, hari ini bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Mahkamah membenarkan suspek direman selama lima hari sehingga 9 April ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan


Zulkiflee berkata, mangsa dalam kejadian itu masih dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, akibat kecederaan parah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada mulanya siasatan awal mendapati terdapat empat suspek termasuk individu yang ditahan, namun hasil siasatan terkini mengenal pasti tiga lagi suspek, menjadikan keseluruhan tujuh suspek.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera di talian 09-250 8222 dan balai polis berhampiran.

Tetak orang di Triang, suspek ditahan polis di Hospital Kuala Lumpur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker