Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan

BAGAN DATUK, 5 April – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyeru rakyat khususnya di negeri tersebut agar terus bertenang dan memberi kepercayaan kepada kerajaan dalam menghadapi cabaran semasa termasuk krisis global yang sedang berlaku.
Berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk, beliau melahirkan rasa syukur atas penganjuran majlis tersebut dan merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas jemputan dan kesempatan untuk bersama para tetamu.
Alhamdulilah kita panjatkan kesyukuran dengan masa diaturkan pertemuan kita pada malam ini. Saya sampaikan penghargaan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas kesudian menjemput dan semua dapat hadir.
“Saya lihat begitu meriah, ramai rakan dapat hadir juga di luar Perak dan luar semenanjung untuk bersama-sama dalam majlis ini.
“Walaubagaimanapun sedikit kesempatan ini saya sebagai ketua Kerajaan Negeri, mengajak seluruh orang Perak … dalam suasana yang kita tahu ada krisis global apabila berlaku perang antara Iran dan Israel, kita dalam keadaan kritikal,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
- Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana
- Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
Beliau turut menasihatkan agar semua pihak tidak mengambil kesempatan dalam keadaan sukar dengan menimbulkan kebencian atau memperkeruhkan keadaan.
“Saya telah menghadiri pertemuan bersama Perdana Menteri pada Khamis lalu bagi mendengar taklimat berkaitan_ situasi semasa. Justeru, rakyat perlu memberi kepercayaan kepada kerajaan sedia ada termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
“Janganlah ada di antara kita curah cuka ke dalam luka. Beri kepercayaan. Saya percaya kerajaan sentiasa mendengar rintihan, aduan dan cadangan yang membina namun sudah pasti kita tak dapat memenuhi kehendak semua orang.
“Oleh itu beri kepercayaan, jangan ada sesiapa pun guna kesempatan utk racun pemikiran rakyat,” katanya lagi.

Tambah beliau, sepanjang sejarah, tiada penyelesaian terhadap krisis ekonomi dapat dicapai melalui emosi dan kebencian, sebaliknya memerlukan kesatuan serta sikap rasional.
“Tiada dalam sejarah kita dapat atasi masalah ekonomi dengan mengajak kebencian, beremosi.
“Kita diajar supaya sentiasa bermuhasabah, beriktibar atas apa jua keadaan yang menimpa dan berdoa agar Allah melindungi kita. Mudah-mudahan Allah akan melindungi kita dari musibah dan menghentikan peperangan tersebut,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid
- Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk
- Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam
Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Selain itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi; Naib Presiden MIC, Tan Sri M Ramasamy serta beberapa pemimpin lain turut memeriahkan majlis tersebut.
Terdahulu, sambutan Aidilfitri berkenaan menerima kehadiran kira-kira 14,000 pengunjung yang mula membanjiri lokasi seawal jam 6.30 petang. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
- Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana
- Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
You must be logged in to post a comment.