Sebuah rumah musnah, lapan motosikal tinggal rangka
Sebuah rumah musnah, lapan motosikal tinggal rangka

KOTA BHARU: Sebuah rumah musnah dan lapan motosikal tinggal rangka dalam kebakaran Seksyen 12 Jalan Mahmod di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, rumah berkenaan musnah 80 peratus.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zuzuki Safei, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 12.57 tengah hari.
Katanya, seramai 12 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian dan sebaik sampai api sedang marak membakar rumah dan motosikal.
“Kami sampai pada 1.06 tengah hari dan api terkawal dalam dalam masa tiga minit serta operasi tamat pada 2.16 petang.
“Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebuah rumah musnah, lapan motosikal tinggal rangka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
- Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
- Rumah Terbuka Aidilfitri Bagan Datuk Rai Masyarakat Setempat, Erat Hubungan Bersama Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.