Schouten kempunan beraksi di Piala Dunia
Schouten kempunan beraksi di Piala Dunia

Eindhoven: Kapten PSV Eindhoven, Jerdy Schouten disahkan terlepas saingan Piala Dunia selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat ketika menentang FC Utrecht.
PSV Eindhoven dalam kenyataan memaklumkan pemain tengah berusia 29 tahun itu perlu menjalani pembedahan susulan kecederaan dialami pada babak kedua perlawanan yang menyaksikan pasukannya menang 4-3.
“Ketika insiden itu berlaku, saya terus rasa ada sesuatu yang tidak kena.
“Masih ada harapan ia tidak serius, namun sebaliknya yang berlaku. Ini tamparan hebat buat saya, tetapi saya akan bangkit semula,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
- Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana
- Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
Pemain itu turut menegaskan komitmennya untuk kembali membantu pasukan yang kini berada di landasan terbaik memburu kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut.
Sepanjang musim ini, Schouten sudah membuat 40 penampilan dalam semua pertandingan termasuk 28 aksi liga.
Sejak melakukan debut antarabangsa pada 2022, Schouten sudah mengumpul 17 kaps bersama skuad Belanda dengan penampilan terakhirnya ketika seri dalam perlawanan persahabatan menentang Ecuador, minggu lalu.
Schouten kempunan beraksi di Piala Dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
- Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
- Rumah Terbuka Aidilfitri Bagan Datuk Rai Masyarakat Setempat, Erat Hubungan Bersama Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.