Remaja kedua lemas ditemui 3 kilometer dari lokasi kejadian

Remaja kedua lemas ditemui 3 kilometer dari lokasi kejadian

Remaja kedua lemas ditemui 3 kilometer dari lokasi kejadian
Mayat Muhammad Amirul Ashraf ditemui pasukan SAR pada jam 9.50 pagi tadi. – Foto NSTP/Amir Hamzah Nordin.

JERANTUT: Mayat remaja lelaki, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.50 pagi tadi.

Mangsa ditemukan terapung kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian di Kampung Durian Hijau, tempat insiden dilaporkan berlaku pada Jumaat lalu.

Ketua Balai Bomba Jerantut, Raja Arif Raja Shamsudin berkata, mayat mangsa dijumpai sebelum dibawa naik ke tebing oleh anggota penyelamat.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke unit forensik hospital bagi proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, sebelum itu mayat seorang lagi mangsa, Muhammad Danial Haikal Shamsudin, turut ditemukan pada jam 4.20 petang semalam kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan


Terdahulu, kedua-dua mangsa bersama lima rakan lain berusia antara 13 hingga 15 tahun dipercayai pergi ke sungai berkenaan untuk mandi.

“Mangsa dipercayai mandi bersama beberapa rakan sebelum kedua-duanya tiba-tiba hilang dari permukaan air.

“Susulan laporan diterima, operasi SAR dilancarkan dengan bantuan beberapa agensi termasuk bomba, polis serta penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, beliau bersyukur kedua-dua mayat mangsa yang ditemukan merupakan penduduk di kawasan berkenaan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota badan beruniform yang bertungkus-lumus menjalankan operasi sejak hari pertama hingga hari ini.

“Tidak lupa juga kepada penduduk Kampung Durian Hijau dan peneroka Felda Jengka 24 seramai kira-kira 50 orang yang membantu dengan sekitar 20 bot persendirian serta turut meronda pada waktu malam dengan mengutamakan aspek keselamatan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Remaja kedua lemas ditemui 3 kilometer dari lokasi kejadian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker