Pemandu maut tercampak ke dalam parit, lori terbabas dan terbakar

Pemandu maut tercampak ke dalam parit, lori terbabas dan terbakar

Sebuah rumah musnah, lapan motosikal tinggal rangka
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah lori yang terbabit kemalangan maut di Jalan Kota Belud-Kota Marudu, dekat Ulu Kukut di Kota Belud, hari ini. – Foto ihsan bomba

KOTA BELUD: Seorang pemandu lori maut selepas tercampak keluar dari kenderaan berat itu yang turut terbakar dalam kemalangan di Jalan Kota Belud-Kota Marudu, dekat Ulu Kukut di sini, hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 11.38 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Kota Belud akibat parah.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain, berkata hasil siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika lori membawa muatan batu itu sedang dalam perjalanan dari arah Kota Marudu menuju ke Kota Belud.

“Setiba di lokasi kejadian, lori itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri bahu jalan lalu terbalik dan terbakar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan


“Dalam insiden itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaannya, ke dalam parit sebelum lori berkenaan terbakar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Belud, untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu maut tercampak ke dalam parit, lori terbabas dan terbakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker