Pandu melulu, pukul penunggang motosikal di tengah-tengah jalan: Lelaki direman 4 hari

KULAI: Seorang pemandu lelaki ditahan kerana disyaki memukul seorang penunggang motosikal sehingga cedera dalam pergaduhan di tengah-tengah laluan Bulatan Lebuh Putra Utama, Bandar Putra di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, berkata insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 5.45 petang ketika mangsa berusia 37 tahun sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura.
Beliau yang mengesahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima laporan kes itu berkata, terdahulu pihaknya mengesan satu hantaran tular dalam media sosial mengenai kejadian seorang lelaki dipukul seorang individu menggunakan tangan.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati dalam insiden itu, suspek dipercayai memandu secara melulu dengan tiba-tiba mengubah laluan kenderaan dipandunya sehingga nyaris merempuh motosikal ditunggang mangsa.
“Pemandu kenderaan itu kemudian turun dan disyaki terus menendang motosikal mangsa sehingga terbalik, selain memukul kepala dan badan mangsa dengan menggunakan tangan sebelum beberapa pengguna jalan raya membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
- Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana
- Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
Seng Lee berkata, penunggang motosikal terbabit dilaporkan mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu.
Justeru bertindak atas maklumat, beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari IPD Kulai berjaya menahan suspek di kediamannya di Senai semalam kira-kira jam 11.30 malam.
“Suspek direman selama empat hari dari 5 hingga 8 April ini bagi membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline melalui talian 07-6632222 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor Teo Feng Shun (017-7759106),” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
- PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
- Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat terhadap motosikal, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis,” katanya.
“Berikutan itu, mangsa mengetuk cermin tingkap kenderaan suspek menyebabkan suspek dipercayai tidak berpuas hati.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid
- Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk
- Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam
Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya
“Suspek terus memberhentikan kenderaannya secara mengejut di hadapan motosikal mangsa di tengah-tengah laluan Bulatan Lebuh Putra Utama sehingga motosikal itu terpaksa berhenti mendadak.
“Pemandu kenderaan itu kemudian turun dan disyaki terus menendang motosikal mangsa sehingga terbalik, selain memukul kepala dan badan mangsa dengan menggunakan tangan sebelum beberapa pengguna jalan raya membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Seng Lee berkata, penunggang motosikal terbabit dilaporkan mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu.
Justeru bertindak atas maklumat, beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari IPD Kulai berjaya menahan suspek di kediamannya di Senai semalam kira-kira jam 11.30 malam.
“Suspek direman selama empat hari dari 5 hingga 8 April ini bagi membantu siasatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar
- Tragedi Pemandu Mabuk: ‘Ini Jenayah, Bukan Kemalangan’ – Razlan
- Kerjasama Erat Kerajaan-Korporat Perkukuh Industri Perladangan – Noraini
Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline melalui talian 07-6632222 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor Teo Feng Shun (017-7759106),” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat terhadap motosikal, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis,” katanya.
Pandu melulu, pukul penunggang motosikal di tengah-tengah jalan: Lelaki direman 4 hari
You must be logged in to post a comment.