Moraes penyelamat Gergasi Merah

Moraes penyelamat Gergasi Merah

Moraes penyelamat Gergasi Merah
AKSI Moraes ketika bertemu Kuching City. FOTO SELANGOR FC

Kuala Lumpur: Penyerang import, Chrigor Moraes muncul penyelamat apabila jaringan di masa kecederaan menyaksikan Selangor FC berjaya mengikat Kuching City FC 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya, malam tadi.

Gol itu cukup berharga buat juara 33 kali Piala Malaysia itu yang masih memiliki peluang untuk mara ke pentas final dengan wajib menumbangkan Kuching City di tempat lawan dalam aksi timbal balik pada 18 April nanti.

Sebaliknya, keputusan seri itu pastinya mengecewakan pelawat yang mendahului hampir setengah jam aksi namun kelekaan benteng pertahanan menyaksikan impian untuk membawa bekalan satu gol musnah.

Dalam aksi sengit itu, skuad Red Giants menguasai sepenuhnya perlawanan dengan pelawat lebih banyak mengharapkan serangan balas.

Tuan rumah berjaya memecah kebuntuan di minit 20 menerusi ledakan Ahmad Zikri Khalili yang menerima hantaran ke belakang Quentin Cheng.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan


Begitupun gol itu dibatalkan pengadil selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan Quentin Cheng terlebih dulu berada pada kedudukan ofsaid

Terjahan daripada belakang oleh Safuwan Baharudin dalam kotak penalti ke atas Ronald Ngah Wanja menyebabkan pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat anak buah Aidil Sharin.

Ngah Wanja yang mengambil sepakan itu mudah menewaskan Kalamullah Al Hafiz untuk meletakkan pelawat mendahului satu gol di minit 41.

Intensiti tinggi diteruskan pada babak kedua dengan skuad kendalian Kim Pan-gon melipat gandakan usaha untuk memburu gol penyamaan.

Peluang terbaik Selangor hadir pada minit 85, namun Jose Rodrigues lambat menyambar bola hantaran Faisal Halim di depan gawang Kuching City yang sudah pun ternganga luas.

Pemain gantian tuan rumah, Mukhairi Ajmal hampir meledak gol tetapi rembatan luar kotak penaltinya berjaya ditepis Haziq Nadzli di minit 87.

Usaha gigih tuan rumah akhirnya berbalas pada masa kecederaan apabila Moraes menyamakan kedudukan apabila dia menyambut hantaran tepat Syahir Bashah untuk menceriakan ribuan penyokong Merah Kuning.

Moraes penyelamat Gergasi Merah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker