Lebih 50 individu bertopeng, bersenjata serbu pusat hiburan karaoke

Lebih 50 individu bertopeng, bersenjata serbu pusat hiburan karaoke

Lebih 50 individu bertopeng, bersenjata serbu pusat hiburan karaoke
Tangkap layar daripada rakaman video tular menunjukkan sekumpulan individu mencerobohi sebuah KTV di Cheras, hari ini.

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) di Taman Shamelin, Cheras di sini, diceroboh lebih 50 individu bertopeng, tengah hari tadi.

Kejadian itu dikesan dalam satu rakaman video berdurasi 1.11 saat tular yang memaparkan kumpulan individu dengan sebahagian besarnya berpakaian hitam dan bersenjata, menyerbu masuk kawasan KTV berkenaan.

Berdasarkan rakaman video itu, sebuah lori dilihat melanggar pintu pagar premis KTV berkenaan dan merosakkannya sebelum sekumpulan individu masuk melalui ruang yang ada.

Rakaman berkenaan juga menunjukkan kumpulan suspek yang menceroboh itu memegang objek dipercayai batang besi dan kayu.

Setakat ini, motif kejadian masih belum dapat dipastikan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan


Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sedang menjalankan siasatan sama ada ia mempunyai kaitan dengan dendam, perselisihan faham atau hutang, namun beberapa peralatan dalam premis KTV itu dilapor telah dirosakkan oleh suspek

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, mengesahkan kejadian berkenaan selepas pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun yang sama.

“Ketika ini, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Lebih 50 individu bertopeng, bersenjata serbu pusat hiburan karaoke

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker