Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB
Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB

KUALA LUMPUR, 5 April — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan lebih 30 syarikat pelabur antarabangsa merentasi sembilan sektor utama termasuk teknologi, tenaga dan pembuatan maju telah bertemu dalam sesi libat urus strategik bersama United Overseas Bank (UOB) dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Shanghai.
Menurut beliau, melalui rangkaian luas UOB, sesi tersebut mempertemukan Johor dengan pelabur yang serius untuk berkembang di rantau ini, sekali gus memastikan setiap perbincangan tertumpu kepada peluang yang boleh membuka lebih banyak pekerjaan berkualiti, meningkatkan pendapatan rakyat dan merancakkan ekonomi negeri, dengan setiap pelaburan diselaraskan agar manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh Bangsa Johor.
“Perbincangan turut menumpukan sektor berimpak tinggi seperti pemindahan teknologi, pembangunan industri bernilai tinggi dan pengukuhan rantaian bekalan di Johor.
“Seiring itu, Johor terus menegaskan peranannya sebagai platform strategik untuk pelabur menembusi pasaran ASEAN melalui Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ),” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
- PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
- Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
Dalam sesi sama, katanya lagi Kerajaan Negeri turut berkongsi peranan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) sebagai pemudah cara utama, serta penglibatan Johor Talent Development Council (JTDC) dalam memastikan ketersediaan bakat dan tenaga kerja berkemahiran tinggi selari dengan keperluan pelabur.
Beliau berharap segala usaha ini bukan sekadar membuka ruang perbincangan tetapi menjadi langkah konkrit ke arah pelaburan yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri dan masa depan Bangsa Johor, seterusnya mengangkat Johor sebagai kuasa ekonomi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.- UMNO Online
Johor Perkukuh Hubungan Pelabur Antarabangsa – MB
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
- Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana
- Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
You must be logged in to post a comment.