2 penuntut IPG lemas: Tiada makluman awal aktiviti berkayak – APMM
2 penuntut IPG lemas: Tiada makluman awal aktiviti berkayak – APMM

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tiada menerima sebarang makluman awal berhubung penganjuran aktiviti berkayak yang menyebabkan dua penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis lemas, semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, berkata pihaknya tiada menerima makluman awal mengenai aktiviti itu daripada mana-mana jabatan berkaitan mahupun pihak pengurusan program berkenaan.
“APMM memandang serius insiden membabitkan dua penuntut IPG yang dilaporkan lemas ketika menyertai Program Pendidikan Luar Kampus.
“Sebarang aktiviti berskala besar di laut atau kawasan perairan terbuka perlu dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada agensi berkaitan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
- Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana
- Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
“Ia bagi membolehkan penilaian risiko dilakukan dan langkah keselamatan sewajarnya diambil. Ini termasuk pemantauan keadaan cuaca, arus laut serta kesiapsiagaan aset keselamatan jika berlaku kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam konteks kejadian itu, beliau berkata, beberapa faktor keselamatan asas juga perlu diberikan perhatian, antaranya penyediaan jaket keselamatan yang mencukupi dan dipakai dengan betul.
“Selain itu, kehadiran jurulatih atau pengendali bertauliah dan berpengalaman; penilaian keadaan cuaca dan laut sebelum aktiviti dijalankan; serta penyediaan pelan tindak balas kecemasan yang jelas.
“Semua pihak dan penganjur program luar dinasihatkan tidak memandang ringan aspek keselamatan ketika merancang aktiviti di laut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
- PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
- Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
“Kerjasama awal dengan agensi keselamatan mampu mengelak kejadian tidak diingini dan melindungi nyawa peserta,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, dua pelajar IPG itu ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka.
Mayat Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, dilaporkan dijumpai pada jam 7.30 malam hari sama.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, dipetik berkata tragedi itu dipercayai berpunca daripada ombak dan arus kuat.
2 penuntut IPG lemas: Tiada makluman awal aktiviti berkayak – APMM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Situasi Global Mencabar… Saarani Seru Rakyat Perak Kekal Tenang, Beri Kepercayaan Kepada Kerajaan
- Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
- Rumah Terbuka Aidilfitri Bagan Datuk Rai Masyarakat Setempat, Erat Hubungan Bersama Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.