Seleweng dana kuil, mantan pengerusi ditahan SPRM
Seleweng dana kuil, mantan pengerusi ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang mantan pengerusi sebuah kuil di negeri ini kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana kuil itu berjumlah kira-kira RM50,000.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 70-an itu ditahan kira-kira jam 3 petang 2 April lalu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada November 2021 dan turut bersubahat dengan seorang lagi individu yang telah ditahan Mac lalu dengan mengemukakan invois tuntutan bayaran perkhidmatan rundingan berjumlah RM50,000 bagi tujuan kerja-kerja pembaikan kuil berkenaan.
“Bagaimanapun, kerja-kerja itu dipercayai tidak pernah dilaksanakan dan hanya helah untuk mengelirukan pihak pengurusan kuil,” katanya.
Kata sumber, kini siasatan tertumpu kepada kuil itu yang wujud sejak tahun 1950-an dan sumber kewangan utama kuil terbabit adalah melalui sumbangan serta derma daripada penganut agama Hindu yang beribadah di situ.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
- PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
- Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
“Hasil siasatan turut mendapati pendaftaran kuil terbabit telah dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Oktober 2024 dan pada masa yang sama kuil itu juga didapati dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.
“Keadaan kuil yang tidak berdaftar menyebabkan ketiadaan pemantauan oleh pihak berkuasa terhadap pengurusan kewangan dan perbelanjaannya, sekali gus membuka ruang kepada berlakunya penyelewengan dana sumbangan orang awam.
“Penyelewengan ini dipercayai memberi kesan kepada operasi serta kebajikan kuil, termasuk menjejaskan aktiviti keagamaan dan kepercayaan penganut terhadap pengurusan institusi itu,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Katanya, kedua-dua suspek akan dituduh dalam masa terdekat.
Seleweng dana kuil, mantan pengerusi ditahan SPRM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
- Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana
- Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sambutan Aidilfitri Semarakkan Perpaduan Komuniti – Mohamad Hasan
You must be logged in to post a comment.