PU Riz Hadiahkan Basikal, Keperluan Asas Buat Keluarga Arwah Amirul [VIDEO]
‘Kita Bantu Mana Yang Boleh’
PU Riz Hadiahkan Basikal, Keperluan Asas Buat Keluarga Arwah Amirul [VIDEO]
![PU Riz Hadiahkan Basikal, Keperluan Asas Buat Keluarga Arwah Amirul [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2026/04/pu-riz-2.jpg)
Pendakwah selebriti, Haris Ismail menyorot perhatian apabila tampil menghulurkan bantuan kepada seorang balu selepas suaminya, arwah Amirul Hafiz Omar, maut dalam kemalangan jalan raya.
Hadiah basikal
Menerusi perkongsian di Instagram, Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz dilihat menghadiahkan tiga buah basikal kepada anak-anak arwah, selain turut menyumbangkan barangan keperluan seperti susu bayi.
Kita beli beberapa buah basikal dan susu untuk keluarga arwah balu Amirul. Sajalah bagi mereka gembira sedikit.
Kita bantu mana yang boleh.
Dalam pada itu, PU Riz turut memaklumkan pihaknya akan membantu memastikan barangan asas keluarga itu mencukupi sekurang-kurangnya untuk tiga bulan.
Sebelum ini, seorang penungang motosikal dilaporkan maut selepas dirempuh pemandu mabuk yang bergerak laju di laluan bertentangan menuju ke arah bandar Klang dari Jalan Raya Barat.
Arwah meninggalkan isteri, Nor Nadia Abdul Majid, 32, serta tiga anak, iaitu Muhammad Aqif Amsyar, 9; Muhammad Afif Izz Rayqal, 7; dan Nur Humaira, 2.
Sumber: Instagram
PU Riz Hadiahkan Basikal, Keperluan Asas Buat Keluarga Arwah Amirul [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
- PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
- Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
You must be logged in to post a comment.