Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera

BAGAN DATUK, 4 April – Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar gerak kerja para jentera diperkukuh dan diperkemaskan memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 semakin hampir.
Berucap pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Empat Peringkat Dalam Bahagian Bagan Datuk, beliau turut menzahirkan harapan agar majoriti kemenangan Parlimen tersebut dapat ditingkatkan pada PRU akan datang.
“Sebagaimana kita ketahui mesyuarat cawangan-cawangan UMNO telah bermula di seluruh negara. Tahun ini kita ada dua kali Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Januari lalu untuk tahun 2025 selepas ia ditangguhkan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (Sabah). Kali ini kita akan adakan pada Ogos. Kita khuatir bulan Oktober akan ada PRN Melaka. Selepas Melaka kita akan hadapi PRN Johor.
“Untuk Bagan Datuk ini, kita harap majoriti tak sama macam dahulu, cuma 348 sahaja sebab ada pertandingan tiga penjuru. Kita tahu permasalahan dalam UMNO ketika itu sangat berkocak. Saya harap kali ini disebabkan kita berada dalam Kerajaan Madani, PKR tidak akan letakkan calon sebab perjanjian kita kerusi-kerusi BN tidak boleh ditandingi calon-calon Pakatan Harapan (PH). Mungkin kita akan hadapi Perikatan Nasional (PN).
“Siapa pun yang akan bertanding melawan kita … saya yakin BN Bagan Datuk akan bersatu padu. Siapa yang datang kita akan tentang. Kalau ada dua penjuru, dengan jentera yang kita ada, kita perkukuhkan, perkemaskan dan mulakan gerak kerja daripada sekarang,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid
- Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk
- Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam
Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pelbagai usaha telah dijalankan di peringkat nasional untuk memperkukuh parti demi menjamin kerelevanan UMNO pada masa akan datang.
“Pada telahan saya, PRU ke-16 tidak lebih 12 bulan dari sekarang. Jangan kita punyai sikap untuk seperti biasa. Ini adalah soal maruah parti. Kemenangan kita pada kali ini kita jangkakan dengan kerjasama cawangan-cawangan, sayap-sayap dan bahagian, saya yakin kita akan gandakan majoriti kemenangan kita pada PRU akan datang.
“Saya usaha pelbagai kaedah di peringkat Nasional. Pada PAU lalu saya umumkan Rumah Bangsa untuk rapatkan barisan di kalangan pemimpin UMNO bahagian dan cawangan. Kita ambil langkah mana-mana individu dipecat ataupun digantung … kita buka pintu tanpa syarat untuk kembali kepada parti.
“Dari maklumbalas saya terima, kita dapati yang paling ramai mahu memohon sebagai ahli-ahli baharu adalah anak-anak muda di seluruh negara. 17 April ini kita akan adakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Melaka dan ketika itu kita putuskan percaturan baharu untuk permohonan ini. Ia tidak akan dibuat seperti percaturan biasa.
“Apa yang kita akan putuskan, mereka boleh memohon atas talian tanpa melalui cawangan, bahagian dan negeri. Mereka akan menjadi Ahli secara langsung. Kita permudahkan. Selepas itu mahu masuk cawangan mana-mana, terserah kepada mereka,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar
- Tragedi Pemandu Mabuk: ‘Ini Jenayah, Bukan Kemalangan’ – Razlan
- Kerjasama Erat Kerajaan-Korporat Perkukuh Industri Perladangan – Noraini
Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat

Maklumnya, pengiktirafan keahlian ahli-ahli yang telah dipecat dan mahu kembali kepada parti juga akan dimuktamadkan pada mesyuarat tersebut.
“Bagi yang telah dipecat, mereka telah menulis surat dan memohon untuk masuk semula. Ada juga yang telah berjumpa dengan saya. Kita akan ‘endorse’ keahlian mereka pada 17 April ini. Terdapat permohonan agar keahlian lama mereka diberikan semula. Insya-Allah UMNO akan terus kukuh dengan membuka pintu ini.
“Dari segi rumah bangsa ini mana-mana yang telah dipecat, digantung, kita buka keseluruhannya. Mudah-mudahan ia dapat direalisasikan sebaik-baiknya,” katanya lagi.
Tambahnya, Musyawarah Nasional dan Kolaborasi Agung juga telah diputuskan pada PAU lalu dengan tujuan untuk mengangkat agenda Melayu-Islam.
“Saya juga umumkan pembentukan Musyawarah Nasional. Tujuannya ialah supaya semua badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam bersama-sama kita. Bukan sekadar itu, kita juga akan jemput ahli-ahli professional Melayu-Islam untuk bersama … begitu juga tokoh-tokoh dan individu berpengaruh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Harga Minyak: Keutamaan Harus Kepada Kesejahteraan Rakyat – Mohd Zaidy
- Faizah Terus Turun Padang, Santuni Penduduk Sungai Rambai
- Harga Diesel Naik: Rakyat Dijangka Terjejas, Tindakan Awal Perlu Diambil
Ahmad Zahid Junjung Kasih Keberangkatan Raja Muda Perak Ke Putrajaya, Bincang Pembangunan Negeri
“Untuk Kolaborasi Agung, saya jemput seluruh 12 parti Melayu-Islam bincang tentang agenda Melayu-Islam. Setakat ini hanya dua parti Melayu tidak hadir iaitu PPBM dan pejuang. Kita nak menyatukan supaya agenda Melayu-Islam yang diperjuangkan kerajaan hari ini difahami mereka,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau berharap agar akar umbi mendapat maklumat sahih yang lebih mendalam sepanjang mesyuarat cawangan berlangsung.
“Saya harap mesyuarat berkelompok cawangan hari ini membolehkan akar umbi mendapat maklumat lebih mendalam. Insya-Allah untuk hadapi PRU ke-16 dari pemerhatian saya, sokongan kepada UMNO/BN semakin bertambah.
“Kita kena bekerja kuat. Siapa jadi calon tak kisah … yang penting siapa saja jadi calon, wajib diberikan kemenangan mutlak oleh seluruh jentera UMNO. Apabila kita dapat kerusi lebih banyak, serah kepada saya macam mana kita nak berunding.
“Harapannya bermula di Bagan Datuk dulu. Ini Bahagian Presiden UMNO, Pengerusi BN. Kita kena kerja keras lebih daripada bahagian-bahagian lain. Saya yakin kita boleh lakukannya,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Menghampiri PRU ke-16 … Ahmad Zahid Seru Perkukuh, Perkemas Jentera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
- PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
- Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
You must be logged in to post a comment.