‘Kita Perlu Bersyukur Bila Berlakunya Perkara Buruk, Sebab Manusia Suka Dalam Zon Selesa’ – Fizo Omar [VIDEO]

Pelakon, Fizo Omar berpendapat bahawa setiap individu perlu belajar untuk bersyukur meskipun berdepan dengan situasi yang tampak buruk.

Usaha cari jalan

@studiosembang

throwback saturday : betul jugak kata @Fizo Omar ni kan? #jomsembang

♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

Menerusi podcast bersama Studio Sembang, pelakon Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 41, menjelaskan bahawa ujian sebenarnya berperanan sebagai peringatan kerana tanpa cabaran, manusia cenderung leka dalam zon selesa.

Menurutnya, individu yang berjaya lazimnya tidak mudah berputus asa, sebaliknya sentiasa berusaha mencari jalan untuk memperbaiki kesilapan agar perkara yang sama tidak berulang.

Kadang-kadang kita perlu bersyukur bila berlakunya sesuatu perkara yang buruk.

Sebab manusia suka berada dalam zon selesa bila tiada ujian.

Kebiasaannya, tanpa cabaran, seseorang itu tidak akan berusaha mencari jalan untuk memperbaiki diri atau mengelakkan kesilapan yang sama.

Ujianlah yang mengajar kita untuk belajar dan menjadi lebih kuat dalam menghadapi kehidupan.

Jangan anggap sebagai keburukan

‘Kita Perlu Bersyukur Bila Berlakunya Perkara Buruk, Sebab Manusia Suka Dalam Zon Selesa’ – Fizo Omar [VIDEO]

Dalam pada itu, aktor drama Bila Musang Berjanggut menjelaskan bahawa bagi mereka yang kurang berjaya, segelintir memilih jalan mudah dengan berputus asa dan enggan mencuba semula selepas melakukan kesilapan.

Tetapi orang yang tak berjaya dalam hidup, dia akan memilih untuk ‘Oh lantak la, aku tak nak buat dah benda ini.’

Ujar Fizo lagi, setiap perkara yang berlaku tidak seharusnya dilihat sebagai keburukan semata-mata, kerana di sebaliknya terdapat hikmah yang boleh menyedarkan seseorang untuk terus memperbaiki diri.

Jangan anggap sesuatu itu sebagai keburukan semata-mata.

Tetapi lihatlah ia sebagai satu kebaikan yang membuka mata dan menyedarkan kita tentang sesuatu.

Kita perlu sentiasa memperbaiki diri.

Hakikatnya, orang yang berjaya ialah mereka yang paling banyak melalui kegagalan.

Sumber: TikTok

‘Kita Perlu Bersyukur Bila Berlakunya Perkara Buruk, Sebab Manusia Suka Dalam Zon Selesa’ – Fizo Omar [VIDEO]

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker