Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana

Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana

Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana

KUALA LUMPUR, 4 April — Usaha memperkukuh kemudahan infrastruktur untuk rakyat terus diberi perhatian apabila Exco Kanan Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin, meninjau tapak cadangan pembinaan dewan terbuka di Taman Krubong Perdana.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput seterusnya berkata lawatan itu diadakan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), M Noor Azman Taib, bagi melihat sendiri keperluan semasa penduduk serta menilai kesesuaian projek berkenaan.

Menurutnya, permohonan peruntukan khas telah dikemukakan kepada KPKT bagi membina sebuah dewan terbuka lengkap dengan kemudahan gelanggang badminton dan sepak takraw dengan anggaran kos sekitar RM900,000.

“Kawasan ini melibatkan lebih 3,000 unit perumahan dan kemudahan yang dicadangkan bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk Taman Krubong Perdana, malah turut boleh digunakan oleh komuniti kampung berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya


Beliau berkata penyediaan kemudahan seperti itu penting sebagai ruang aktiviti kemasyarakatan, sosial dan sukan untuk semua lapisan masyarakat.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Shadan Othman; Pegawai Daerah Melaka Tengah, Mohd Shaiful Hizam Johan; serta Setiausaha Bandaraya, Muhammad Firdaus Shariff.

Beliau berharap permohonan itu dapat diluluskan bagi merealisasikan penyediaan kemudahan infrastruktur yang lebih baik untuk manfaat penduduk setempat.

Kemudahan Infrastruktur Terus Diberi Perhatian Di Krubong Perdana

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker