Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh

1. Dalam sejarah politik Malaysia, penggunaan cogan kata berkembang daripada sekadar semangat nasional kepada alat komunikasi strategik. Pada awal kemerdekaan, slogan lebih bersifat umum dan berteraskan dasar pembangunan.
2. Perubahan ketara berlaku pada era Tun Mahathir Mohamad apabila branding politik digunakan secara lebih tersusun. Slogan seperti Bersih, Cekap, Amanah, Malaysia Boleh, Wawasan 2020 serta Kepimpinan Melalui Teladan membentuk naratif pembangunan dan etika pentadbiran.
3. ini diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui konsep Islam Hadhari, yang menekankan nilai, keseimbangan dan tadbir urus beretika.
4. Era Dato Sri Najib Razak memperlihatkan penggunaan branding yang lebih menyeluruh melalui 1Malaysia, disokong oleh agenda transformasi seperti ETP, GTP dan TN50.
5. Dalam tempoh kedua Tun Mahathir Mohamad, naratif Malaysia Baharu menekankan reformasi institusi walaupun tanpa slogan dominan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid
- Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk
- Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam
Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya
6. Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa konsep Prihatin dan slogan sosial Kita Jaga Kita dalam konteks krisis.
7. Era Dato Sri Ismail Sabri Yaakob memperkenalkan Keluarga Malaysia, diikuti Anwar Ibrahim dengan Malaysia Madani.
8. Branding membentuk persepsi awal, namun rakyat akhirnya menilai berdasarkan pengalaman sebenar—kos sara hidup, peluang pekerjaan dan integriti pentadbiran. Tanpa hasil yang dirasai, slogan akan kehilangan makna. Kesimpulannya, realiti rakyat kekal sebagai penentu utama sokongan politik.- UMNO Online
Datuk Seri Salleh Said Keruak
Branding Politik atau Realiti Rakyat: Mana Lebih Berpengaruh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
- PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
- Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
You must be logged in to post a comment.