Aset Strategik Negara: Jangan Ulangi Kesilapan Kerajaan 22 Bulan
Aset Strategik Negara: Jangan Ulangi Kesilapan Kerajaan 22 Bulan

Isu Cadangan Pengambilalihan IJM Oleh Sunway
Saya mengikuti perkembangan cadangan pengambilalihan IJM oleh Sunway dengan teliti sejak ia diumumkan pada Januari lalu. Semalam, Tan Sri Jeffrey Cheah sekali lagi tampil membuat ‘last pitch’, memujuk pemegang saham menerima tawaran RM3.15 sesaham sebelum tarikh tutup 6 April.
Namun dalam isu sebesar ini, kita tidak boleh melihatnya sekadar transaksi korporat biasa. Ini soal kepentingan rakyat dan aset strategik negara. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Tabung Haji bukan pelabur biasa. Mereka mengurus simpanan persaraan rakyat, pencen penjawat awam dan pelaburan Bumiputera. Secara keseluruhan, hampir 49 peratus saham IJM berada di tangan institusi-institusi ini.
Apabila EPF dan PNB menolak tawaran ini, ia bukan kerana ‘noise’ atau sentimen kaum seperti yang didakwa. Ia kerana penilaian profesional mereka sendiri. Penasihat bebas seperti M&A Securities meletakkan nilai IJM antara RM5.84 hingga RM6.48 sesaham. Rothschild & Co pula menilai antara RM4.80 hingga RM5.63 sesaham. Bandingkan dengan tawaran RM3.15. Ini bukan sekadar rendah tapi ini diskaun hampir 50 peratus daripada nilai sebenar.
Jadi persoalannya mudah: ini tawaran murah, atau undervalue aset negara?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- FELCRA Sambut Ulang Tahun Ke-60, Terus Perkasa Pembangunan Luar Bandar – Ahmad Zahid
- Mesyuarat Cawangan Kekuatan Sebenar Parti, Tempat Suara Akar Umbi Dibentuk
- Pemandu Mabuk: Hukuman Berat Rasional, Bukan Emosi – Peguam
Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan ‘Reset’ Jentera Pilihan Raya
Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) bukan pelabur runcit yang boleh diyakinkan dengan slaid prestasi atau angka pulangan semata-mata. Mereka memegang amanah rakyat. Tanggungjawab mereka bukan untuk ‘deal cepat’, tetapi untuk memastikan setiap sen nilai aset dipertahankan. Dan kita perlu jelas bahawa ini bukan tentang siapa membeli siapa. Ini tentang apa yang kita lepaskan.
IJM bukan syarikat biasa. Ia memiliki aset strategik negara seperti Pelabuhan Kuantan, serta rangkaian lebuh raya utama seperti West Coast Expressway, NPE, LEKAS dan BESRAYA. Ini adalah aset jangka panjang yang membentuk tulang belakang ekonomi dan logistik negara. Aset seperti ini bukan mudah diganti. Sekali terlepas, generasi akan datang mungkin tidak berpeluang memilikinya semula.
Jika pengambilalihan ini diteruskan, pegangan EPF akan menyusut daripada 20.5 peratus dalam IJM kepada sekitar 7.3 peratus dalam entiti baharu. Lebih membimbangkan, dividen tahunan yang selama ini memberi pulangan konsisten kepada pencarum juga dijangka terjejas. Akhirnya, siapa yang menanggung kesan? Bukan tokoh korporat. Tetapi rakyat biasa yang bergantung kepada dividen EPF setiap tahun.
Sebab itu apabila EPF, PNB dan KWAP tiga institusi besar yang memegang hampir 44 peratus saham berkata TIDAK, kita perlu faham ia bukan keputusan emosi. Ia keputusan berdasarkan analisis, tanggungjawab dan amanah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPM 2025 Catat Prestasi Positif, Ahmad Zahid Bangga Pencapaian Pelajar
- Tragedi Pemandu Mabuk: ‘Ini Jenayah, Bukan Kemalangan’ – Razlan
- Kerjasama Erat Kerajaan-Korporat Perkukuh Industri Perladangan – Noraini
Krisis Timur Tengah: Kerajaan Negeri Johor Perinci Langkah Kurangkan Beban Rakyat
Jadi mesejnya jelas: Takeover ini sudah pun dijawab oleh pasaran, oleh pakar bebas, dan oleh institusi yang menjaga wang rakyat.
Tidak perlu dipaksa jawapan yang sudah ada.
Kepada Tan Sri Jeffrey Cheah, saya hormati legasi dan sumbangan besar Tan Sri dalam dunia korporat Malaysia. Namun dalam kes ini, prinsip mesti didahulukan. Tidak semua aset wajar berpindah tangan dan bukan kerana sentimen, tetapi kerana nilai dan kepentingan jangka panjang negara.
Malaysia perlu bergerak ke hadapan dengan lebih berhati-hati. Kita tidak boleh mengulangi kesilapan lalu semasa 22 bulan negara di bawah Menteri Kewangan yang bodoh, di mana aset strategik dilepaskan atas alasan yang sengaja direka, dan akhirnya rakyat juga yang menanggung akibatnya.
Biarlah IJM terus kekal sebagai tonggak pembinaan dan infrastruktur negara di bawah pemilikan institusi yang beramanah kepada rakyat.
TPr Abdul Razak Abdul Rahman
Ketua UMNO Bahagian Kepong
Aset Strategik Negara: Jangan Ulangi Kesilapan Kerajaan 22 Bulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Teras Kekuatan UMNO, Perjuang Agenda Rakyat – Rozi Mamat
- PRU-16 Semakin Hampir, Ahli UMNO Diseru Tinggalkan Zon Selesa – Sollehin
- Jadikan Mesyuarat Cawangan Medan Muhasabah, Perkukuh Gerak Kerja Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Masalah Bekalan Air: Kerajaan Negeri Kedah Tiada Pelan Jelas
You must be logged in to post a comment.